Malaysia giat usahakan pembebasan aktivis Malaysia daripada tahanan haram Israel

Usaha pembebasan dilakukan melalui Kedutaan Besar di Amman dan Ankara serta pasukan perundangan antarabangsa.
Usaha pembebasan dilakukan melalui Kedutaan Besar di Amman dan Ankara serta pasukan perundangan antarabangsa.
A
A
A

PUTRAJAYA - Kerajaan sedang giat melaksanakan usaha bagi mendapatkan pembebasan segera dan tanpa syarat sembilan rakyat Malaysia yang juga peserta misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens To Gaza (TMTG) yang ditahan secara haram oleh rejim Israel sejak 8 Oktober lalu.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, usaha turut dijalankan melalui Kedutaan Besar Malaysia di Amman dan Ankara, serta pasukan perundangan antarabangsa bagi memastikan akses konsular kepada rakyat Malaysia yang ditahan selain mempercepatkan proses penghantaran pulang mereka ke tanah air dengan selamat.

Kerajaan turut menggerakkan usaha ini dengan kerjasama negara sahabat, khususnya Turkiye, menurut kenyataan itu.

"Kesemua sembilan rakyat Malaysia dilaporkan berada dalam keadaan sihat. Keselamatan dan kebajikan semua warganegara Malaysia kekal menjadi keutamaan tertinggi kerajaan,” menurut kenyataan itu.

Misi kemanusiaan FFC x TMTG melibatkan kira-kira 150 aktivis dari 25 negara menaiki sembilan kapal, termasuk Conscience dan Umm Saad yang telah dipintas oleh pasukan Israel pada 8 Oktober ketika mereka berada kurang daripada 120 batu nautika dari Gaza pada 10.50 pagi waktu Malaysia.

Para aktivis berkenaan dilaporkan ditahan di Penjara Ketziot di wilayah Negev, Israel. - Bernama 

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kerajaan Malaysia sedang giat mengupayakan pembebasan sembilan rakyatnya yang ditahan secara haram oleh Israel
  • Usaha pembebasan dilakukan melalui Kedutaan Besar di Amman dan Ankara serta pasukan perundangan antarabangsa
  • Kerajaan Malaysia bekerjasama dengan negara sahabat, khususnya Turkiye
  • Sembilan rakyat Malaysia tersebut dilaporkan berada dalam keadaan sihat
  • Misi kemanusiaan melibatkan 150 aktivis dari 25 negara yang ditahan di Penjara Ketziot, Negev, Israel

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!