Saran laksana transformasi sistem lantikan perjawatan

SHAH ALAM - Sudah tiba masanya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melaksanakan transformasi dalam mereka bentuk sistem pelantikan perjawatan yang lebih terbuka.
Setiausaha Agung Majlis Ekonomi Halal dan Keusahawanan Ummah Malaysia (MEH), Dr Helmi Ibrahim berkata, ia kerana sistem terkini dijalankan secara tertutup dan mampu memberi ruang kepada penyuburan budaya rasuah.
Beliau selaku ahli jawatankuasa Rasuah Busters berpendapat, perubahan dalam SPA dan JPA juga mampu membendung budaya salah guna kuasa dan pentadbiran, pembaziran serta amalan 'makan suap'.
"MEH melalui Kempen Sedar Halal Banteras Rasuah kini menumpukan agensi-agensi dalam perkhidmatan awam. Untuk fasa pertama, kami fokus kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).
"Kami berpendapat bahawa kesedaran halal dan haram mampu menjadi pedoman dalam memupuk jiwa menjauhi rasuah.
"Undang-undang sahaja tidak mampu menegah gejala ini tanpa adanya suntikan iman, akhlak dan akidah," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

