Influenza: Kelas PPKI SK Taman Permas Jaya 2 ditutup

Notis penutupan kelas (PPKI) Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Permas Jaya 2. - Foto tular
Notis penutupan kelas (PPKI) Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Permas Jaya 2. - Foto tular
A
A
A

JOHOR BAHRU – Kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Permas Jaya 2 ditutup susulan penularan influenza.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon berkata, sebanyak enam kluster influenza direkodkan di daerah ini melibatkan institusi pendidikan sekolah bagi tempoh Januari hingga kini.

"Daripada jumlah itu empat kluster dikesan sebagai Influenza A dan dua lagi Influenza B.

"Setakat ini, hanya kelas membabitkan PPKI SK Taman Permas Jaya 2 yang ditutup," ujanya dalam kenyataan pada Khamis.

Sebelum itu tular, di media sosial notis penutupan kelas berkenaan di bawa Seksyen 18(1)(f) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Penutupan bermula pada Rabu sehingga 17 Oktober itu dibuat bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dan kawalan jangkitan dilakukan serta mengelakkan penularan lebih meluas.

"Orang ramai dinasihatkan untuk mengamalkan langkah kesihatan kendiri seperti menjaga kebersihan diri, tidak berkongsi peralatan peribadi, serta mengamalkan etika batuk dan bersin yang betul.

"Mereka yang bergejala disarankan untuk berehat di rumah dan mengelakkan berada di tempat awam.

"Sekiranya perlu keluar, individu bergejala digalakkan memakai pelitup muka bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan," jelasnya.

Artikel Berkaitan:

 

 

Ringkasan AI

  • Kelas PPKI SK Taman Permas Jaya 2 ditutup akibat penularan influenza
  • Enam kluster influenza direkodkan di Johor melibatkan sekolah sejak Januari
  • Empat kluster adalah Influenza A dan dua adalah Influenza B
  • Penutupan kelas dilaksanakan untuk kerja pembersihan dan mengelak penularan lebih meluas
  • Orang ramai dinasihatkan menjaga kebersihan dan etika kesihatan untuk mengurangkan risiko penularan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!