Agong berkenan terima persembahan cadangan Belanjawan 2026

Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima persembahan cadangan Belanjawan 2026 yang disampaikan oleh Anwar di Istana Bukit Tunku, Kuala Lumpur. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima persembahan cadangan Belanjawan 2026 yang disampaikan oleh Anwar di Istana Bukit Tunku, Kuala Lumpur. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima persembahan cadangan Belanjawan 2026 yang dijadual dibentangkan di Dewan Rakyat esok.

Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, dokumen itu dipersembahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Bukit Tunku, di sini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan ketika memberikan taklimat berkaitan Belanjawan 2026 kepada editor media di Putrajaya semalam berkata, Belanjawan Kerajaan Madani Keempat itu akan menumpukan kepada usaha membela rakyat, memperkukuh ekonomi serta memperteguh asas negara yang mampan dan inklusif.

Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat di laman Parlimen, Perdana Menteri dijadual membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 di Dewan Rakyat pada jam 4 petang esok.

Rang undang-undang itu akan dibahaskan ahli-ahli Parlimen selama lapan hari di Peringkat Dasar sebelum sesi penggulungan oleh kementerian pada 29 Oktober hingga 4 November, diikuti perbahasan di Peringkat Jawatankuasa dari 5 hingga 27 November untuk kelulusan Dewan Rakyat. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima persembahan cadangan Belanjawan 2026
  • Persembahan tersebut dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Bukit Tunku
  • Belanjawan 2026 bertujuan membela rakyat, memperkukuh ekonomi, dan memperteguh asas negara yang mampan dan inklusif
  • Perdana Menteri dijadual membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat pada jam 4 petang esok
  • Debat Parlimen mengenai rang undang-undang Belanjawan 2026 berlangsung lapan hari di Peringkat Dasar, diikuti sesi penggulungan dan perbahasan di Peringkat Jawatankuasa

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!