Belanjawan Madani 2026 cermin hala tuju negara - PM

Anwar Ibrahim.
Anwar Ibrahim.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Belanjawan Madani 2026 bukan sekadar dokumen kewangan tahunan, tetapi cerminan keutamaan kerajaan dan hala tuju negara bagi tahun mendatang.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata demikian ketika memberikan taklimat berkaitan Belanjawan Madani 2026 kepada editor media di kementerian berkenaan di Putrajaya hari ini.

"Belanjawan Madani 2026 bukan sekadar dokumen kewangan tahunan, tetapi cerminan keutamaan kerajaan dan hala tuju negara bagi tahun mendatang. Justeru, saya tegaskan, media memainkan peranan penting dalam menyampaikan naratif reformasi dan agenda perubahan negara kepada rakyat.

"Insya-ALLAH, perincian lanjut akan saya bentangkan dalam Belanjawan Madani Keempat pada Jumaat ini, dengan tumpuan kepada usaha membela rakyat, memperkukuh ekonomi dan memperteguh asas negara yang mampan serta inklusif,” kata beliau dalam hantaran di laman Facebook pada Rabu. - Bernama 

Anwar dijadualkan membentangkan Belanjawan 2026 Malaysia MADANI di Dewan Rakyat Jumaat ini sekali gus menandakan permulaan hala tuju baharu bagi pembangunan negara di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Belanjawan Madani 2026 adalah cerminan keutamaan kerajaan dan hala tuju negara
  • Anwar yang merupakan Menteri Kewangan memberikan taklimat Belanjawan Madani 2026 kepada editor media
  • Belanjawan Madani 2026 bukan hanya dokumen kewangan, tetapi juga agenda reformasi dan perubahan negara
  • Perincian Belanjawan akan dibentangkan, menekankan pembelaan rakyat, ekonomi kukuh, dan dasar negara yang mampan serta inklusif
  • Anwar akan membentangkan Belanjawan Madani 2026 di Dewan Rakyat, menandai hala tuju baru pembangunan negara di bawah Rancangan Malaysia Ke-13

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!