Inkues Zara Qairina: Saksi kanak-kanak ke-16 kembali beri keterangan

Prosiding inkues kematian Zara Qairina di Kota Kinabalu diteruskan dengan keterangan saksi kanak-kanak ke-16 secara 'in camera'
Prosiding inkues kematian Zara Qairina di Kota Kinabalu diteruskan dengan keterangan saksi kanak-kanak ke-16 secara 'in camera'
A
A
A

KOTA KINABALU – Saksi ke-16, iaitu kanak-kanak kelapan dijadualkan kembali memberikan keterangan dalam prosiding inkues kematian Zara Qairina Mahathir di Mahkamah Koroner di sini pada Rabu.

Keterangan tersebut akan diberikan menerusi rakaman 'in camera' di hadapan Hakim Koroner, Amir Shah Amir Hassan semasa sambungan prosiding yang kini memasuki hari ke-19.

Peguam, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh memaklumkan bahawa prosiding akan disambung semula dengan mendengar keterangan saksi kanak-kanak yang belum selesai memberi keterangan di mahkamah sebelum ini.

“Esok (hari ini), prosiding akan dimulakan semula dengan saksi kanak-kanak secara in camera. Kami akan cuba sediakan ringkasan selepas prosiding berlangsung.

“Mungkin terdapat saksi lain yang bersedia untuk dipanggil, cuma esok akan diteruskan dengan saksi sebelum ini,” katanya kepada pemberita di pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu pada Selasa.

Untuk rekod, petugas media tidak dibenarkan membuat liputan di dalam mahkamah bagi kes-kes yang melibatkan saksi kanak-kanak dalam prosiding tersebut.

Setakat ini, seramai 35 saksi kanak-kanak dan 33 saksi dewasa telah memberikan keterangan dalam inkues kematian pelajar Tingkatan Satu itu.

Allahyarham Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sekolahnya pada awal pagi 16 Julai lalu sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE) pada keesokan harinya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Saksi ke-16, kanak-kanak kelapan dijadualkan kembali memberikan keterangan dalam prosiding inkues kematian Zara Qairina Mahathir
  • Keterangan akan diberikan secara in camera di hadapan Hakim Koroner, Amir Shah Amir Hassan
  • Proses ini adalah sambungan prosiding yang kini memasuki hari ke-19
  • Petugas media tidak dibenarkan membuat liputan di dalam mahkamah untuk kes yang melibatkan saksi kanak-kanak
  • Seramai 35 saksi kanak-kanak dan 33 saksi dewasa telah memberikan keterangan dalam inkues kematian Zara Qairina

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!