Tiada kompromi isu hidang arak pada majlis rasmi kerajaan

Semua kementerian perlu memastikan setiap protokol serta tatacara majlis rasmi tidak bertentangan dengan nilai agama dan norma masyarakat. Gambar hiasan.
Semua kementerian perlu memastikan setiap protokol serta tatacara majlis rasmi tidak bertentangan dengan nilai agama dan norma masyarakat. Gambar hiasan.
A
A
A

 

AMARAN tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu penyajian arak dalam acara rasmi kerajaan menjadi peringatan jelas agar setiap kementerian menjaga sensitiviti agama dan tidak mencemarkan imej Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Walaupun Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing dan kementerian itu telah memberi penjelasan, Anwar menegaskan tindakan atau keputusan yang boleh menjejaskan martabat negara di mata dunia tidak boleh dipandang ringan.

Beliau turut mengingatkan semua jabatan kerajaan supaya berhati-hati dalam menganjurkan majlis rasmi, terutama apabila melibatkan tetamu luar dan wakil diplomatik.

Oleh itu semua kementerian perlu memastikan setiap protokol serta tatacara majlis rasmi tidak bertentangan dengan nilai agama dan norma masyarakat.

Ini kerana sebarang kecuaian boleh disalah tafsir sebagai kelemahan kerajaan dalam menjaga maruah agama dan bangsa.

Dalam masa sama, tekanan kini tertumpu kepada MOTAC dan menterinya untuk memperjelaskan dasar serta garis panduan penganjuran majlis rasmi bagi mengelak kejadian serupa berulang.

Isu ini jika tidak ditangani dengan baik, boleh memberi kesan politik dan persepsi negatif terhadap kerajaan.

Amaran Anwar dilihat bukan sekadar teguran bersifat sementara, tetapi satu mesej jelas bahawa sensitiviti agama dan imej negara mesti dijaga dengan penuh tanggungjawab oleh semua pihak dalam kerajaan.

Artikel Berkaitan:

Ia juga memberi isyarat tegas bahawa tiada ruang kompromi terhadap sebarang tindakan yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat atau mencalar imej negara di peringkat antarabangsa.

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!