Ifa Raziah kecewa dinafikan hak isi RON95 bersubsidi

Tangkap layar video tular membabitkan Ifa Raziah yang mendakwa tidak mendapat harga subsidi RON95 di sebuah stesen minyak di Gelang Patah pada Selasa.
Tangkap layar video tular membabitkan Ifa Raziah yang mendakwa tidak mendapat harga subsidi RON95 di sebuah stesen minyak di Gelang Patah pada Selasa.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI – Selebriti tempatan, Ifa Raziah meluahkan rasa tidak puas hati selepas gagal menikmati inisiatif Budi Madani RON95 (Budi95) ketika mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Gelang Patah, di sini pada Selasa.

Menerusi perkongsian video tular, Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha mendakwa, sebelum ini dia sudah empat kali mengisi minyak petrol bersubsidi RON95 menggunakan kad pengenalan tanpa sebarang masalah.

Namun, hari ini dia meluahkan rasa kecewa selepas dinafikan hak untuk menikmati harga minyak RON95 pada harga RM1.99 meskipun telah mengikuti prosedur biasa.

"Hari ini, 7 Oktober saya berada di Gelang Patah, Johor, baru tadi saya isi dengan IC (kad pengenalan) saya isi minyak RM60 sepatutnya dapat subsidi, tapi tak dapat subsidi, saya dah masukkan IC, dah tekan sepatutnya (lulus) dapat subsidi.

"Dekat mana sistem yang betulnya dekat stesen minyak ini? Saya sebagai warganegara Malaysia, sepatutnya semua warganegara Malaysia guna IC dapat hak subsidi masing-masing.

"Tapi hari ini saya isi, masih lagi tidak dapat subsidi, jadi apa masalah dia, adakah stesen minyak ini yang bermasalah atau sistem yang bermasalah," katanya dalam video berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor, Lilis Saslinda Pornomo memaklumkan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar.

"Sekarang ini kita tidak tahu mungkin disebabkan masalah teknikal atau macam mana. Pihak kami sedang mendapatkan penjelasan daripada pengusaha stesen minyak tersebut.

"Kami juga berharap agar artis tersebut (Ifa Raziah) bersedia untuk dihubungi KPDN dalam membantu pihak kami dalam menjalankan siasatan lanjut,"katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

 

 

 

Ringkasan AI

  • Selebriti tempatan, Ifa Raziah gagal menikmati inisiatif Budi Madani RON95 ketika mengisi minyak
  • Sebelum ini, Ifa telah empat kali menggunakan kad pengenalan untuk mendapatkan minyak bersubsidi tanpa masalah
  • Dia mengalami kekecewaan apabila dinafikan hak menikmati harga minyak RON95 pada harga RM1.99
  • Ifa mempertikaikan kefungsian sistem di stesen minyak tersebut setelah tidak mendapat subsidi
  • Pihak KPDN Johor sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca masalah teknikal atau lain-lain

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!