Tempoh 48 jam akan datang amat kritikal - MyCARE

Kamarul Zaman (dua dari kiri) bersama Zulkifli (tiga dari kanan) ketika sedang media di ibu pejabat MyCARE pada Selasa.
Kamarul Zaman (dua dari kiri) bersama Zulkifli (tiga dari kanan) ketika sedang media di ibu pejabat MyCARE pada Selasa.
A
A
A

SERDANG - Sembilan kapal misi Freedom Flotilla Coalition (FFC) dijangka memasuki zon merah pada 5 petang Rabu akan berdepan berisiko dipintas tentera Israel.

Ketua Pegawai Eksekutif Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) Kamarul Zaman Shaharul Anwar berkata, kesemua kapal yang bergerak pada kelajuan 4 knot telah memasuki kawasan 200 batu nautika dari perairan Gaza yang digelar zon kuning.

Menurutnya, tempoh 48 jam akan datang amat kritikal dan kemungkinan serangan oleh rejim zionis Israel berlaku pada waktu malam.

“Jika ikut kelajuan sekarang, dalam masa 24 jam, jarak perjalanan sekitar 100 nautika.

"Kapal sekarang dekat 200 batu nautika, kalau ikut perkiraan, masuk 48 jam adalah sangat kritikal.

“Dalam tempoh 24 jam kedua nak masuk zon merah, kita percaya kebiasannya taktik serangan Israel berlaku pada sebelah malam,” katanya ketika sidang media di ibu pejabat MyCARE di sini pada Selasa.

Turut hadir, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan.

Misi FFC kali ini menyaksikan lapan wakil Malaysia berada dalam kapal Conscience yang berlepas dari Porto Otranto, Itali pada 30 September lepas diketuai Mohd Alauddin, tiga doktor iaitu Dr Fauziah Mohd Hassan, Dr Hafiz Sulaiman dan Dr Ili Syakira Mohd Suhaimi; dua pensyarah Prof Dr Mohd Afandi Salleh dan Dr Noorhasyimah Ismail; Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE Norsham Abu Bakar dan wartawan Astro Awani Syafik Shukri Abdul Jalil.

Seorang lagi wakil Malaysia, Dr Maziah Muhammad berada di kapal Umm Saad yang berlepas dari Catania, Sicily pada 27 September bersama tujuh kapal layar lain menuju Gaza.

Artikel Berkaitan:

Secara keseluruhan, misi FFC kali ini disertai kira-kira 150 peserta dari 25 negara dengan MyCARE mengetuai delegasi Malaysia.

Ringkasan AI

  • Sembilan kapal misi Freedom Flotilla Coalition dijangka memasuki zon merah dan berisiko dipintas tentera Israel
  • Kapal-kapal tersebut telah memasuki kawasan 200 batu nautika dari perairan Gaza
  • Tempoh 48 jam akan datang dikatakan amat kritikal dengan kemungkinan serangan oleh rejim zionis Israel
  • Misi FFC menyaksikan lapan wakil Malaysia berada dalam kapal Conscience dan seorang lagi wakil Malaysia di kapal Umm Saad
  • Misi ini disertai kira-kira 150 peserta dari 25 negara dengan MyCARE mengetuai delegasi Malaysia

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!