X

Kindly register in order to view this article
!

92 peratus rakyat patuh Perintah Kawalan Pergerakan

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) merangkap Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Menteri Menteri Berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto Bernama
A
A

PUTRAJAYA - Penglibatan pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mulai semalam telah meningkatkan tahap pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan dari 90 peratus sebelum ini kepada 92 peratus hari ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, 1,903 sekatan jalan raya dilaksanakan pada hari pertama kerjasama bersepadu terdiri daripada polis, ATM, Rela dan Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Sebanyak 120,615 kenderaan diperiksa pada Ahad (semalam). Ini jelas menunjukkan ada dalam kalangan rakyat yang masih gagal patuhi Perintah Kawalan Pergerakan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Tambah Ismail Sabri, mereka yang tidak ada bukti untuk meneruskan perjalanan pada sekatan jalan raya akan diminta pulang oleh pihak berkuasa.

"Mereka yang sudah pulang kampung sebelum ini akan diminta berpatah balik jika mereka cuba kembali ke tempat asal sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan," katanya. - Bernama

AKAN MENYUSUL


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus