Bayi tiga bulan antara sembilan PATI ditahan

Sebahagian PATI yang ditahan dalam operasi di sebuah ladang kelapa sawit di Tanjung Sedili awal pagi Sabtu lalu.
Sebahagian PATI yang ditahan dalam operasi di sebuah ladang kelapa sawit di Tanjung Sedili awal pagi Sabtu lalu.
A
A
A

KOTA TINGGI – Seorang bayi berusia tiga bulan antara sembilan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia yang ditahan dalam operasi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor di sebuah ladang kelapa sawit di Tanjung Sedili awal pagi Sabtu lalu.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, serbuan menerusi Ops Sapu Tangkap sekitar jam 1 pagi itu dijalankan hasil aduan orang awam dan risikan pihaknya berhubung kehadiran pekerja asing tanpa izin di kawasan berkenaan.

“Ketika serbuan, sebahagian daripada mereka didapati sedang tidur atau berehat.

“Sebaik menyedari kehadiran kami, ada yang cuba melarikan diri. Namun hasil tindakan pantas pihak imigresen, kesemua warga asing tersebut berjaya ditahan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Tambah Mohd Rusdi, sembilan individu terbabit terdiri daripada tujuh lelaki dan dua wanita berusia antara 18 hingga 52 tahun termasuk seorang bayi berusia tiga bulan.

Katanya, siasatan awal mendapati kesemua mereka bekerja secara haram di ladang berkenaan sejak empat bulan lalu tanpa memiliki dokumen perjalanan yang sah.

“Oleh itu, mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Kesemua tahanan kini ditempatkan di Depot Imigresen Setia Tropika, Johor Bahru untuk siasatan lanjut sebelum tindakan undang-undang diambil terhadap mereka,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang bayi berusia tiga bulan antara sembilan PATI warga Indonesia ditahan di ladang kelapa sawit Tanjung Sedili
  • Serbuan dijalankan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Johor atas aduan awam dan risikan
  • Sembilan individu terdiri daripada tujuh lelaki dan dua wanita termasuk bayi
  • Tertangkap kerana bekerja secara haram tanpa dokumen sah sejak empat bulan lalu
  • Kesemua ditahan untuk siasatan di bawah Akta Imigresen dan ditempatkan di Depot Imigresen Setia Tropika

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!