Laman web KWSP tidak boleh diakses selepas pengumuman PM

KWSP. - Foto Sumber Internet
KWSP. - Foto Sumber Internet
A
A
A

SHAH ALAM - Laman web Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak dapat dicapai sebaik sahaja kemudahan pengeluaran simpanan itu diumum Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dipercayai orang ramai cuba untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung prosedur bagi membolehkan pengeluaran wang dibuat.

Beberapa netizen di laman sosial berkata, kaedah terbaik yang perlu dilaksanakan ialah menerusi permohonan dalam talian.

"Takkanlah semua orang hendak beratur di KWSP untuk isi borang nanti merebak lagi wabak koronavirus (Covid-19), KWSP kena pastikan permohonan dibuat menerusi dalam talian sahaja," katanya.

Sebentar tadi, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kemudahan pengeluaran i-Lestari bagi pencarum KWSP berjumlah RM40 bilion.

Menerusi kemudahan itu, semua ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2 masing-masing tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan.

Permohonan boleh dibuat bermula 1 April 2020.

Inisiatif itu dijangka akan memanfaatkan sehingga 12 juta ahli KWSP dengan jumlah pengeluaran yang dianggarkan bernilai RM40 bilion.

[ARTIKEL BERKAITAN] - Pencarum KWSP dibenar keluarkan wang simpanan Akaun 2

Artikel Berkaitan: