SkyWorld raih emas pertama di Anugerah ESG The Edge Malaysia 2025

Chee Seng (tiga dari kanan) menerima Anugerah Emas kategori ‘Emerging Leader’ yang disampaikan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan sempena The Edge Malaysia ESG Awards 2025.
Chee Seng (tiga dari kanan) menerima Anugerah Emas kategori ‘Emerging Leader’ yang disampaikan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan sempena The Edge Malaysia ESG Awards 2025.
A
A
A

SKYWORLD Development Berhad (SkyWorld) mencipta kejayaan sulung apabila meraih Anugerah Emas di The Edge Malaysia ESG Awards 2025.

Pencapaian bagi kategori ‘Emerging Leader’ itu sebagai pengiktirafan terhadap komitmen kukuh syarikat tersebut terhadap prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).

Ketua Pegawai Eksekutif SkyWorld, Lee Chee Seng berkata, kemenangan berkenaan membuktikan syarikat berada di landasan tepat dalam usaha memperkukuh amalan ESG sebagai teras pembangunan masa depan.

“Anugerah ini mengesahkan usaha kami dalam mengintegrasikan prinsip ESG terhadap kelestarian yang diterapkan dalam setiap aspek operasi syarikat.

“Ia menjadi pemangkin untuk terus mencipta nilai jangka panjang kepada pemegang kepentingan sambil memberi impak positif kepada komuniti dan alam sekitar,” katanya.

Chee Seng (empat dari kiri) merakam kenangan bersama pasukan SkyWorld Development Berhad selepas diumumkan sebagai penerima Anugerah Emas kategori ‘Emerging Leader’ di The Edge Malaysia ESG Awards 2025.
Chee Seng (empat dari kiri) merakam kenangan bersama pasukan SkyWorld Development Berhad selepas diumumkan sebagai penerima Anugerah Emas kategori ‘Emerging Leader’ di The Edge Malaysia ESG Awards 2025.

Kejayaan berkenaan turut diperkukuh dengan penarafan empat bintang dalam FTSE Russell ESG Ratings, sekali gus menempatkan SkyWorld dalam kelompok 10 peratus teratas syarikat tersenarai di Pasaran Utama Bursa Malaysia.

“Ia satu pencapaian membanggakan bagi syarikat yang baru disenaraikan pada tahun 2023,” tambah Chee Seng dalam satu kenyataan.

Selaras dengan komitmen berterusan terhadap inovasi lestari, SkyWorld turut memperkenalkan teknologi Prefabricated Prefinished Volumetric Construction (PPVC) dalam pembangunan perumahan mampu milik terbesar di Pulau Pinang baru-baru ini.

Artikel Berkaitan:

Kaedah pembinaan moden itu berupaya mengurangkan sisa binaan, menurunkan pelepasan karbon dan meningkatkan kualiti serta keselamatan binaan, seterusnya membuktikan bahawa kelestarian, selain kemampuan memiliki rumah mampu digabungkan.

SkyWorld juga merakamkan penghargaan kepada The Edge Malaysia, Bursa Malaysia, rakan niaga dan seluruh warga kerja atas dedikasi serta sokongan mereka.

Pengiktirafan sedemikian menjadi satu lagi langkah penting dalam perjalanan ESG SkyWorld yang terus komited membina masa depan berteraskan tujuan dan kelestarian.

Ringkasan AI

  • SKYWORLD Development Berhad (SkyWorld) meraih Anugerah Emas di The Edge Malaysia ESG Awards 2025
  • Anugerah bagi kategori 'Emerging Leader' sebagai pengiktirafan terhadap komitmen terhadap prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus
  • Kemenangan menunjukkan usaha SkyWorld dalam memperkuat amalan ESG dalam setiap aspek operasi
  • SkyWorld diperkukuh dengan penarafan 4 bintang dalam FTSE Russell ESG Ratings, berada dalam 10 peratus teratas syarikat tersenarai di Pasaran Utama Bursa Malaysia
  • Menggunakan teknologi Prefabricated Prefinished Volumetric Construction (PPVC) dalam pembangunan perumahan mampu milik, mengurangkan sisa binaan dan pelepasan karbon

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!