GSF: Kedutaan Malaysia di Amman gerak pasukan peguam lindungi tahanan

Paparan skrin perkembangan kapal delegasi Malaysia di Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) menunjukkan 12 rakyat Malaysia yang menyertai misi GSF disahkan dipintas
Paparan skrin perkembangan kapal delegasi Malaysia di Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) menunjukkan 12 rakyat Malaysia yang menyertai misi GSF disahkan dipintas
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kedutaan Besar Malaysia di Amman, Jordan telah mengadakan pertemuan dengan pasukan peguam Malaysia di Amman, Jordan bagi memastikan tahanan Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF), mendapat perlindungan undang-undang yang adil dan telus.

Kedutaan itu berkata ia sedang memantau rapat perkembangan pergerakan rakyat Malaysia dalam misi GSF, khususnya mereka yang telah ditahan oleh pihak berkuasa Israel.

"Pihak Kedutaan juga turut berhubung dengan negara-negara sahabat ASEAN di Amman dan Tel Aviv bagi mendapatkan maklumat semasa berkenaan tahanan Malaysia serta menghulurkan bantuan konsular yang sewajarnya,” menurut notis konsular kedutaan yang di siarkan di laman Facebook kedutaan itu pada Jumaat.

Terdahulu, Kementerian Luar memaklumkan bahawa kesemua 23 rakyat Malaysia yang menyertai GSF bagi misi menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza telah ditahan Israel dan akan dihantar pulang melalui negara ketiga.

Misi GSF yang disertai lebih 500 aktivis dari 44 negara, termasuk Malaysia, belayar menuju Gaza sebagai simbol solidariti dan usaha memecahkan sekatan Israel dengan membawa bekalan penting untuk penduduk Palestin yang terjejas akibat serangan berterusan rejim Zionis.

Untuk pertanyaan lanjut, rakyat Malaysia boleh merujuk kepada pegawai-pegawai Kedutaan seperti berikut: Muhd Irfan Zulkurnain di talian +962793811135 dan Nur Najihah Md Abas di talian +962790800865, atau menghantar e-mel kepada Kedutaan Besar Malaysia, Amman di amm.uhep@kln.gov.my. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kedutaan Besar Malaysia di Amman mengadakan pertemuan dengan pasukan peguam bagi memastikan tahanan Malaysia mendapat perlindungan undang-undang
  • Kedutaan Malaysia memantau rapat perkembangan rakyat Malaysia dalam misi GSF yang ditahan oleh pihak berkuasa Israel
  • Berhubung dengan negara-negara sahabat ASEAN untuk mendapatkan maklumat semasa dan bantuan konsular bagi tahanan Malaysia
  • Kesemua 23 rakyat Malaysia dalam misi GSF ditahan Israel dan akan dihantar pulang melalui negara ketiga
  • GSF adalah misi solidariti dengan lebih 500 aktivis dari 44 negara termasuk Malaysia menuju Gaza bawa bantuan kemanusiaan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!