Seluruh Selangor solat hajat untuk keselamatan misi flotilla

SHAH ALAM – Semua masjid, surau dan musolla kebenaran solat Jumaat di seluruh Selangor mengadakan Solat Hajat Khas selepas solat Jumaat bagi mendoakan keselamatan misi kemanusiaan Sumud Flotila.
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam hantaran di laman Facebook rasminya memaklumkan, solat hajat itu diadakan bagi memohon kekuatan dan perlindungan buat sukarelawan flotilla yang sedang berjuang menyalurkan bantuan kemanusiaan.
“Didoakan agar misi flotilla ini diberikan kekuatan dan perlindungan, menjadi nadi sumud yang tidak pernah goyah serta membawa sinar harapan buat mereka yang menanti dengan doa dan air mata,” jelas JAIS.
Solat hajat berkenaan dilaksanakan serentak di seluruh negeri sebagai tanda solidariti rakyat Selangor terhadap perjuangan membela nasib rakyat Palestin.
Ringkasan AI
- Semua masjid, surau dan musolla di Selangor adakan Solat Hajat Khas selepas solat Jumaat untuk doakan keselamatan misi kemanusiaan Sumud Flotila
- JAIS informasikan solat hajat itu untuk memohon kekuatan dan perlindungan untuk sukarelawan flotilla
- Didoakan misi flotilla diberi kekuatan, perlindungan dan menjadi inspirasi penentu ketahanan
- Solat hajat itu dilaksanakan serentak di Selangor sebagai tanda solidariti terhadap rakyat Palestin
- Inisiatif itu menunjukkan dukungan rakyat Selangor terhadap perjuangan membela nasib rakyat Palestin
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

