Suami pejam mata biar isteri melacur 15 kali demi wang

BANGKA - Sepasang suami isteri yang baru dua tahun berkahwin menjadikan alasan kesempitan hidup untuk menjalankan aktiviti pelacuran dalam talian.
Paling memeranjatkan si lelaki dikenali sebagai AA membenarkan isterinya, DA menjadi pekerja seks dan melayani lelaki lain di rumah mereka di sebuah desa di Kecamatan Pemali, Kabupaten Bangka, Provinsi Kepulauan Bangka Belitung.
Kapolsek Pemali, Ipda Tri Nurhadi berkata, motif utama pasangan muda itu adalah kerana tekanan ekonomi kerana mereka tidak mempunyai pekerjaan tetap.
"Mereka menggunakan aplikasi MiChat untuk mencari pelanggan dan komunikasi kemudiannya dilanjutkan di WhatsApp untuk proses tawar-menawar harga.
"Wang hasil pelacuran itu digunakan untuk keperluan harian mereka yang turut mempunyai seorang anak kecil," jelasnya.
Menurutnya, bayaran yang dikenakan antara 200,000 rupiah (RM50) dan 400,000 rupiah (RM101) sekali transaksi.
"Wanita itu telah melayani lelaki lain sebanyak 15 kali di kamar rumah mereka sendiri manakala suaminya menunggu di luar bersama anak mereka," tambahnya lagi.
Pasangan itu ditahan pihak berkuasa pada Isnin lalu setelah menerima aduan daripada komuniti setempat. - Agensi
Ringkasan AI
- Sepasang suami isteri menjadikan kesempitan hidup alasan menjalankan aktiviti pelacuran dalam talian
- Si lelaki membenarkan isterinya menjadi pekerja seks dan melayani lelaki lain di rumah mereka di Bangka
- Pasangan muda itu terdesak ekonomi kerana tiada pekerjaan tetap
- Menggunakan aplikasi MiChat untuk cari pelanggan, komunikasi dilanjutkan di WhatsApp untuk tawar-menawar harga
- Wang hasil pelacuran digunakan untuk keperluan harian, bayaran antara RM50 hingga RM101 sekali transaksi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

