Jantung aku tak pernah selaju ini - Suami Ardell Aryana

Nadzmi Adhwa cemas apabila Konvoi Global Sumud Flotilla (GSF) yang turut disertai isterinya, Ardell Aryana kini dalam situasi yang tidak diketahui.
Nadzmi Adhwa cemas apabila Konvoi Global Sumud Flotilla (GSF) yang turut disertai isterinya, Ardell Aryana kini dalam situasi yang tidak diketahui.
A
A
A

SHAH ALAM - Nadzmi Adhwa cemas apabila Konvoi Global Sumud Flotilla (GSF) yang turut disertai isterinya, Ardell Aryana kini dalam situasi yang tidak diketahui.

Malah sesi siaran langsung Ardell Adyana menerusi TikTok juga sudah terhenti.

“Jantung aku tak pernah selaju ini,” katanya dalam hantaran menerusi akaun Threads.

Difahamkan peserta GSF melaporkan sebilangan kapal dipercayai tentera Israel kini membentuk formasi di laut bagi menghalang laluan kapal membawa bantuan mendarat di perairan Semenanjung Gaza.

Malah Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Centre, Datuk Dr Sany Araby Abdul Alim Araby turut mengesahkan mereka

telah menerima 10 laporan dari kapal flotilla Malaysia bahawa ketika ini sedang berlaku formasi kapal perang regim Israel menghalang dan mengepung kawasan flotilla.

"Semua dimohon untuk mengikuti perkembangan sekarang melalui Flotilla Tracker dan Flotilla CCTV secara langsung," katanya dalam satu kenyataan ringkas.

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Pelakon Nadzmi Adhwa cemas kerana Konvoi Global Sumud Flotilla yang disertai isterinya, Ardell Aryana, dalam situasi tidak diketahui
  • Sesi siaran langsung Ardell Adyana menerusi TikTok terhenti
  • Nadzmi Adhwa meluahkan jantungnya tidak pernah berdegup laju seperti ini
  • Kapal-kapal dipercayai tentera Israel membentuk formasi di laut menghalang laluan kapal bantuan mendarat di Semenanjung Gaza
  • Datuk Dr Sany Araby Abdul Alim Araby mengesahkan ada formasi kapal perang Israel mengepung flotilla Malaysia

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!