XOX, MyDigital ID meterai MoU perkasa belia

XOX memeterai MoU dengan MyDigital ID, anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan.
XOX memeterai MoU dengan MyDigital ID, anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan.
A
A
A

XOX telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan MyDigital ID, anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan (MOF) sempena majlis pembukaan CYBERDSA 2025 di Kuala Lumpur.

Majlis menandatangani MoU itu turut disaksikan oleh Pengerusi Aerosea Exhibitions, Tan Sri Asmat Kamaludin; Pengerusi Lembaga Pengarah, Cybersecurity Malaysia, Al-Ishsal Ishak serta Menteri Digital, Gobind Singh Deo.

Sebagai antara syarikat telekomunikasi terawal yang memeterai kerjasama ini, XOX mengambil langkah berani untuk memperkasa penggunaan MyDigital D melalui program unggulnya, MySiswa.

Inisiatif ini akan mengintegrasikan identiti digital yang selamat dalam ekosistem pendidikan tinggi, sekali gus memperkasa pelajar, mengukuhkan keterlibatan kampus, dan mempercepatkan agenda transformasi digital negara.

Menerusi kerjasama ini, XOX akan menggerakkan rangkaian belia di selurh negara bagi mempercepatkan penerimaan MyDigital ID, di samping memperkenalkan aplikasi dunia sebenar di universiti dan institusi pengajian tinggi.

XOX juga akan menerajui pelaksanaan kempen bersama, siri jelajah, serta aktiviti kampus bagi meletakkan MyDigital ID sebagai pemangkin utama ekonomi digital negara yang diyakini.

Pengarah Urusan XOX, Datuk Kenneth Vun, berkata, kerjasama ini menandakan babak baharu yang penting bagi XOX.

"Dengan mendorong penerimaan MyDigital ID melalui MySiswa, kami membekalkan pelajar dengan identiti digital yang selamat, membuka ruang kepada keyakinan, keselamatan dan peluang.

"Ini bukan sekadar teknologi, tetapi asas untuk membina generasi digital Malaysia," kata beliau dalam satu kenyataan pada Rabu.

Artikel Berkaitan:

Beliau menambah, dunia siber hari ini penuh dengan peluang namun turut sarat dengan risiko.

"Walaupun Al dan platform digital menjadi pemacu kemajuan, ia juga sering disalahgunakan oleh penjenayah. Cabaran dunia siber tidak harus ditangani dengan ketakutan, tetapi dengan keyakinan," katanya lagi.

Beliau berkata, MyDigital ID memberikan keyakinan itu, dengan melindungi privasi, memastikan keselamatan dan membuka peluang baharu bagi mereka yang menggunakannya secara bertanggungjawab.

"XOX komited memaksimumkan penggunaan MyDigital ID. Inilah misi kami untuk membina ekosistem digital yang diyakini, inklusif dan berpandangan jauh untuk Malaysia," katanya.

Pemeterian MoU ini juga katanya, mencerminkan aspirasi bersama antara XOX dan MyDigital ID untuk mempercepatkan transformasi digital, memperkasa golongan belia, serta meletakkan Malaysia sebagai peneraju yang diyakini dalam era digital.

Ringkasan AI

  • XOX telah memeterai Memorandum Persefahaman dengan MyDigital ID, anak syarikat Kementerian Kewangan
  • Inisiatif ini akan memperkasa penggunaan identiti digital dalam ekosistem pendidikan tinggi dan mempercepatkan transformasi digital negara
  • XOX akan menggalakkan penerimaan MyDigital ID di universiti dan institusi pengajian tinggi melalui program MySiswa
  • Kerjasama ini diharapkan dapat meletakkan MyDigital ID sebagai pemangkin ekonomi digital
  • Datuk Kenneth Vun menyatakan kerjasama ini akan membekalkan pelajar dengan identiti digital yang selamat dan membuka peluang baru

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!