X

Kindly register in order to view this article
!

Suspek kes bunuh, rompak warga emas diberkas

Laporan Sinar Harian sebelum ini.
A
A

JOHOR BAHRU - Pasangan suami isteri warganegara asing yang merupakan suspek utama kes bunuh dan rompak majikannya di Kulai, dekat sini pada 18 Mac lalu berjaya diberkas di sebuah restoran di Damansara, Petaling Jaya, Selangor semalam.

Pasangan tersebut yang berasal dari Indonesia masing-masing berusia 21 tahun ditahan polis Johor pada jam 4.30 petang bersama-sama seorang lagi lelaki warganegara berkenaan berumur 24 tahun.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pichay berkata, kejayaan tangkapan tersebut adalah hasil kerjasama pihak media yang menyebarkan maklumat dan gambar suspek yang sedang diburu pihak polis.

"Hasil soal siasat yang dilakukan suspek mengaku terlibat dalam kejadian tersebut. Motif kejadian bunuh ini adalah kerana suspek tidak berpuas hati terhadap mangsa iaitu majikannya.

"Suspek direman selama seminggu bermula hari ini bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam kejadian Rabu lalu di sebuah rumah di Kulai, majikan mangsa berusia 73 tahun ditemukan cedera di kepala selain kenderaan jenis Toyota Alphard putih serta barang-barang kemas miliknya hilang dipercayai dilarikan pasangan berkenaan.

Kejadian itu disedari anak mangsa selepas warga emas itu tidak menjawab panggilan telefon sebelum anak dan jiran wanita berkenaan menghubungi pihak polis.

Ayob Khan berkata, pihaknya juga sudah menemui semula Toyota Alphard berkenaan di Taman Nusa Bestari, Skudai di sini.

ARTIKEL BERKAITAN: Warga emas dibunuh, dirompak pembantu rumah


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!