Tiga pelajar maut, 38 hilang sekolah pondok di Indonesia runtuh

JAKARTA – Sekurang-kurangnya tiga orang maut manakala 38 lagi masih hilang selepas sebuah bangunan sekolah Islam runtuh di Sidoarjo, Jawa, pada Isnin.
Insiden berlaku ketika pelajar sedang berkumpul untuk solat Asar, menurut laporan tempatan yang memetik saksi.
Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas), Mohammad Syafii berkata, jumlah mangsa yang terlibat adalah seramai 102 orang, terdiri daripada 99 terselamat dan tiga terkorban.
Beliau memaklumkan operasi mencari dan menyelamat masih giat dijalankan bagi mengeluarkan mangsa yang dipercayai terperangkap di bawah runtuhan.
Jurucakap Agensi Mitigasi Bencana Nasional (BNPB), Abdul Muhari berkata, 38 mangsa masih belum ditemui.
Sementara itu, Ketua Hospital Daerah Sidoarjo, Atok Irawan mengesahkan dua mangsa meninggal dunia ketika dirawat di unit kecemasan pada Selasa.
Tragedi ini sekali lagi menimbulkan kebimbangan mengenai piawaian pembinaan di Indonesia, selepas insiden awal bulan ini yang meragut tiga nyawa apabila sebuah bangunan runtuh ketika majlis doa di Jawa Barat. - AFP
Ringkasan AI
- Sekurang-kurangnya tiga orang maut dalam runtuhan bangunan sekolah Islam di Sidoarjo, Jawa
- Insiden berlaku ketika pelajar sedang berkumpul untuk solat Asar
- Seramai 102 orang terlibat, dengan 99 terselamat dan tiga terkorban
- Operasi mencari dan menyelamat masih berlangsung untuk mengeluarkan mangsa
- 38 mangsa masih belum ditemui
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
