Wanita ditemui mati ada kesan cekik, suami suspek utama - Polis

Seorang wanita ditemui mati disyaki dibunuh dan polis telah membuat tangkapan ke atas suaminya.
Seorang wanita ditemui mati disyaki dibunuh dan polis telah membuat tangkapan ke atas suaminya.
A
A
A

IPOH - Polis mengesahkan terdapat kesan cekik pada leher wanita yang ditemukan mati di sebuah rumah di Kampung Kuala Kuang, Chemor di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, pemeriksaan awal pada mayat mangsa berusia 28 tahun itu tidak menemui kesan kecederaan lain.

Menurutnya, buat masa ini, suami mangsa warga Myanmar berusia 37 tahun telah ditahan, dipercayai susupek utama kes.

"Siasatan awal polis mendapati kejadian pada jam 12.40 tengah hari itu berpunca daripada perselisihan faham antara pasangan suami isteri tersebut.

"Suspek dikatakan tidak berpuas hati kerana sering dimarahi isterinya," katanya ketika dihubungi pemberita.

Menurutnya, insiden itu disedari rakan mangsa selepas menemui wanita terbabit dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan.

Katanya, polis telah membuat tangkapan ke atas suami mangsa di lokasi kejadian pada jam 3.40 petang hari yang sama.

"Polis akan memohon perintah reman terhadap suspek bagi membantu siasatan lanjut.

"Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sinar Harian melaporkan penemuan seorang wanita warga Myanmar yang disyaki dibunuh di rumah sewanya di Kampung Kuala Kuang dekat Chemor.

 

 

Ringkasan AI

  • Polis mengesahkan terdapat kesan cekik pada leher wanita yang mati di Kampung Kuala Kuang, Chemor
  • Pemeriksaan awal mayat tidak menemui kesan kecederaan lain selain di leher
  • Suami mangsa, warga Myanmar berusia 37 tahun ditahan sebagai suspek utama
  • Siasatan awal menunjukkan kejadian berpunca dari perselisihan antara suami isteri
  • Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!