Vellfire masuk laluan bas punca dua pemandu bergaduh

Tangkap layar insiden pergaduhan itu yang tular di Facebook.
Tangkap layar insiden pergaduhan itu yang tular di Facebook.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Dua lelaki cedera selepas terlibat dalam pergaduhan di laluan masuk ke Bangunan Sultan Iskandar (BSI), pada Ahad.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, kejadian dipercayai berlaku pada jam 3 petang melibatkan seorang pemandu e-hailing lelaki berusia 28 tahun dengan seorang pemandu bas sebuah syarikat pengangkutan berusia 43 tahun.

"Pergaduhan dipercayai bermula selepas berlaku pertikaian apabila kenderaan Toyota Vellfire dipandu pemandu e-hailing didakwa memasuki laluan bas.

"Berlaku provokasi antara kedua-duanya sehingga menyebabkan pemandu bas berhenti dan turun bersemuka dengan pemandu e-hailing terbabit.

"Akibatnya, pergelutan fizikal telah berlaku antara kedua-duanya sehingga menyebabkan kedua-duanya mengalami kecederaan ringan di kepala, leher dan tangan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Difahamkan, kedua-dua pihak kemudiannya hadir ke balai polis bagi membuat laporan berhubung perkara tersebut.

Tambah Raub, kes disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan melibatkan gaduh gempar.

Katanya, jika sabit kesalahan boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh ynag boleh sampai enam bulan atau denda yang boleh sampai RM1,000 atau kedua-duanya.

"Polis mengesahkan kejadian tersebut telah tular di media sosial dna menasihatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi yang boleh menganggu siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Dua lelaki cedera dalam pergaduhan di laluan masuk ke Bangunan Sultan Iskandar
  • Pergaduhan melibatkan pemandu e-hailing berusia 28 tahun dan pemandu bas berusia 43 tahun
  • Pergaduhan bermula daripada perselisihan mengenai laluan masuk yang dipakai
  • Kedua-dua pihak mengalami kecederaan ringan dan telah membuat laporan polis
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan, boleh membawa hukuman penjara atau denda

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!