Pejabat Kesihatan pantau larangan merokok

Siti Mariam (kiri) dan Lob di samping Razan (tiga, kanan) memasang tanda larangan merokok di sebuah restoran di Kampung Raja tengah hari tadi.
Siti Mariam (kiri) dan Lob di samping Razan (tiga, kanan) memasang tanda larangan merokok di sebuah restoran di Kampung Raja tengah hari tadi.
A
A
A

KAMPUNG RAJA - Sebanyak 308 premis dikesan tidak memasang tanda larangan merokok di daerah ini hasil pemeriksaan penguatkuasa Pejabat Kesihatan Besut sejak awal bulan ini sehingga semalam.

Pegawai Kesihatan Daerah Besut, Dr Razan Ab Samat berkata, premis tersebut adalah sebahagian daripada 518 premis yang diperiksa dalam tempoh penguatkuasaan secara pendidikan.

Menurutnya, seramai 65 orang awam pula telah dikeluarkan notis amaran kerana merokok di kawasan larangan semasa penguatkuasaan tersebut.

“Sementara itu sebanyak 505 nasihat telah diberi kepada orang awam dan pemilik premis berkaitan perkara sama,” katanya.

Razan berkata demikian selepas program Pewartaan Tempat Makan Sebagai Kawasan Larangan Merokok Peringkat Daerah Besut 2019 di sebuah restoran di Kota Putera Square, di sini.

Program tersebut turut mendapat kerjasama Majlis Daerah Besut yang diwakili Setiausahanya, Siti Mariam Ab Hamid dan Persatuan Perjaja dan Peniaga Kecil Melayu Cawangan Besut, Lob@Luth Mamat.

Menurutnya, kesemua premis tersebut diberi pendidikan berkaitan tanggungjawab pemilik premis bagi memastikan supaya mematuhi larangan merokok.

“Sepanjang tempoh 1 Januari hingga 30 Jun tahun ini, jabatan hanya memberi notis peringatan dan pendidikan tetapi selepas itu penguatkuasaan sepenuhnya iaitu denda akan dikenakan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Razan memberitahu lagi, sebanyak 411 tempat makan di daerah ini berdaftar dengan Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia (FoSIM) iaitu 226 buah terdiri daripada kedai makan, gerai (69) dan penjaja 76.