Keratan kuku laris jadi ramuan perubatan tradisional di China

Pengusaha turut menegaskan hanya kuku tangan diterima, manakala kuku kaki tidak dibenarkan

Cebisan kuku tangan seberat 1 kilogram dijual dengan harga RM98. Foto Agensi
Cebisan kuku tangan seberat 1 kilogram dijual dengan harga RM98. Foto Agensi
A
A
A

BEIJING – Jika anda menyimpan keratan kuku dan mahu mendapatkan wang segera, mungkin anda boleh menjualnya sebagai ramuan perubatan tradisional di China.

Kebiasaannya keratan kuku dianggap kotor dan dibuang, namun dalam perubatan tradisional China ia dianggap bahan berharga untuk merawat masalah seperti kembung perut pada kanak-kanak dan tonsilitis.

Media tempatan melaporkan, syarikat pengeluar ubat tradisional membeli keratan kuku daripada sekolah dan kampung sebelum dicuci, dikeringkan dan dikisar menjadi serbuk halus untuk dicampurkan dalam pelbagai produk ubatan.

Disebabkan manusia dewasa hanya menghasilkan kira-kira 100 gram kuku setahun, bekalannya sukar diperoleh sekali gus menjadikan harganya agak tinggi.

Baru-baru ini, portal Kankan News mendedahkan seorang wanita dari Hebei menjual keratan kukunya secara dalam talian pada harga 150 yuan (RM98) sekilogram selepas mengumpulnya sejak kecil.

Penggunaan kuku manusia dalam perubatan tradisional China pernah menurun sejak 1960-an apabila populariti pengilat kuku menjejaskan kualiti bahan tersebut.

Namun, ramuan kuku tidak pernah lenyap sepenuhnya dan kini kembali mendapat permintaan.

Pengusaha turut menegaskan hanya kuku tangan diterima, manakala kuku kaki tidak dibenarkan. – Agensi

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Jika anda menyimpan keratan kuku dan mahu mendapatkan wang segera, mungkin anda boleh menjualnya sebagai ramuan perubatan tradisional di China
  • Keratan kuku dianggap bahan berharga dalam perubatan tradisional China untuk merawat masalah seperti kembung perut pada kanak-kanak dan tonsilitis
  • Syarikat pengeluar ubat tradisional membeli keratan kuku daripada sekolah dan kampung, kemudian dicuci, dikeringkan dan dikisar menjadi serbuk halus
  • Bekalan keratan kuku sukar diperoleh kerana manusia dewasa hanya menghasilkan kira-kira 100 gram kuku setahun, menjadikan harganya tinggi
  • Penggunaan kuku manusia dalam perubatan tradisional China kembali mendapat permintaan walaupun sempat menurun sejak 1960-an

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!