Bekas Menteri Pertanian China terbabit rasuah dihukum mati

Renjian (tengah) menerima hukuman mati terhadap kes rasuah di Mahkamah Changchun, Wilayah Jilin. - Agensi
Renjian (tengah) menerima hukuman mati terhadap kes rasuah di Mahkamah Changchun, Wilayah Jilin. - Agensi
A
A
A

BEIJING – Bekas Menteri Pertanian China dijatuhi hukuman mati dengan penangguhan dua tahun pada Ahad atas tuduhan rasuah, menurut kenyataan mahkamah.

Mahkamah Rakyat Changchun di wilayah Jilin, timur laut China menjelaskan, tertuduh, Tang Renjian didapati menerima rasuah wang tunai dan harta bernilai lebih 268 juta yuan (RM176 juta) antara 2007 hingga 2024.

Mahkamah memutuskan rasuah itu “menyebabkan kerugian amat besar kepada kepentingan negara dan rakyat, justeru wajar dikenakan hukuman mati”.

Tambahnya, Renjian telah mengaku bersalah dan menunjukkan penyesalan di atas perbuatannya itu.

Hukuman terhadap dirinya merupakan kes terbaharu dalam kempen antirasuah besar-besaran Presiden Xi Jinping yang telah membabitkan beberapa tokoh peringkat tinggi.

Penyokong kempen itu menyifatkannya sebagai usaha memastikan pentadbiran bersih, namun pengkritik berpendapat ia memberi kuasa kepada Jinping untuk menyingkirkan pesaing politik.

Renjian sebelum ini pernah berkhidmat sebagai gabenor wilayah barat laut Gansu serta naib pengerusi rantau autonomi selatan Guangxi.

Keputusan itu menyusul selepas siasatan rasuah melibatkan bekas Menteri Pertahanan Li Shangfu dan Wei Fenghe.

Menurut media kerajaan, Shangfu disingkirkan hanya tujuh bulan selepas dilantik dan kemudiannya dipecat daripada Parti Komunis China atas kesalahan termasuk rasuah.

Artikel Berkaitan:

Penggantinya, Dong Jun, turut dilaporkan disiasat atas tuduhan rasuah. - AFP

Ringkasan AI

  • Bekas Menteri Pertanian China dijatuhi hukuman mati dengan penangguhan dua tahun atas tuduhan rasuah
  • Tang Renjian didapati menerima rasuah wang tunai dan harta bernilai lebih 268 juta yuan antara 2007 hingga 2024
  • Rasuah itu menyebabkan kerugian besar kepada kepentingan negara dan rakyat
  • Hukuman tersebut merupakan bagian dari kempen antirasuah besar-besaran Presiden Xi Jinping
  • Siasatan rasuah turut melibatkan bekas Menteri Pertahanan Li Shangfu dan penggantinya, Dong Jun

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!