Selena Gomez kahwini penerbit Benny Blanco

Selena Gomez mengahwini penerbit Benny Blanco dalam majlis yang berlangsung di California, Amerika Syarikat pada Sabtu.
Selena Gomez mengahwini penerbit Benny Blanco dalam majlis yang berlangsung di California, Amerika Syarikat pada Sabtu.
A
A
A

PELAKON dan penyanyi Selena Gomez mengahwini penerbit Benny Blanco dalam majlis yang berlangsung di California, Amerika Syarikat pada Sabtu.

Gomez mengumumkan berita gembira itu dengan berkongsi gambar Polaroid dan klip video pendek dari perkahwinan itu di Instagram, dengan kapsyen ringkas bertulis tarikh "9.27.25".

Antara 170 tetamu yang hadir di majlis itu ialah bintang pop dan sahabat baik Gomez, Taylor Swift, penyanyi dan penulis lagu British, Ed Sheeran, sosialit Paris Hilton, dan bintang ‘Only Murders’, Steve Martin dan Martin Short.

Majalah fesyen Vogue melaporkan bahawa pasangan itu mengenakan pakaian daripada Ralph Lauren.

Blanco, 37, dan Gomez, 33, sudah saling mengenali sejak 2015, apabila mereka bekerjasama dalam beberapa projek termasuk single Gomez, ‘Same Old Love’ dan ‘Kill Em with Kindness’. Namun hubungan mereka hanya bermula pada 2023.

Pasangan itu mengumumkan pertunangan pada Disember 2024.

Mereka menerbitkan album kolaboratif pertama berjudul 'I Said I Love You First', Mac lalu. - Awani 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Pelakon dan penyanyi Selena Gomez mengahwini penerbit Benny Blanco di California
  • Gomez mengumumkan perkahwinan melalui Instagram dengan gambar Polaroid dan klip video
  • Majlis perkahwinan dihadiri oleh 170 tetamu termasuk Taylor Swift, Ed Sheeran, Paris Hilton
  • Pasangan itu mengenakan pakaian dari Ralph Lauren untuk majlis mereka
  • Gomez dan Blanco mengumumkan pertunangan pada Disember 2024 dan menerbitkan album kolaboratif pada Mac lalu

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!