Percutian lengkap di Resorts World Genting yang mesra muslim

Tidak asing lagi, Resorts World Genting (RWG) yang terletak hanya 45 minit jika anda berada di Kuala Lumpur, merupakan satu destinasi percutian yang bukan hanya sekadar penginapan, tetapi lebih mengasyikkan dari apa yang anda mungkin tahu.
Lebih dari tujuh hotel untuk didiami, dua taman tema sesuai dilawati bersama rakan, pasangan mahupun keluarga, lebih dari 100 restoran di tiga pusat membeli-belah yang berbeza dan banyak lagi!
Senang cerita, kalau anda ingin cuti-cuti di Malaysia dan percutian yang semua ada di satu tempat, RWG adalah pilihan yang terbaik. Jarak yang dekat, pelbagai tawaran menarik dan paling penting cuacanya yang sejuk!
Terletak di puncak Banjaran Titiwangsa, RWG bukan sahaja terkenal sebagai pusat peranginan dan hiburan bertaraf antarabangsa, malah kini semakin menonjol sebagai destinasi pelancongan mesra muslim yang sesuai untuk semua lapisan pengunjung yang mementingkan keselesaan, kemudahan ibadah dan penyediaan makanan halal.
Dengan suhu sejuk sepanjang tahun, pemandangan yang memukau dan pelbagai tarikan menarik, RWG menawarkan pengalaman percutian yang lengkap tanpa perlu berkompromi dengan prinsip dan keperluan agama.
Genting SkyWorlds (GSW) Theme Park

Jika anda rakyat Malaysia dan masih belum merasai sendiri kehebatan Genting SkyWorlds (GSW) Theme Park, taman tema bertaraf antarabangsa yang terletak di puncak Genting Highlands, kini adalah masa yang tepat.
Menariknya, sebagai menghargai pengunjung GSW sepanjang kempen itu berlangsung sebelum ini, pihak RWG melanjutkan tempoh promosi khas untuk warganegara Malaysia sehingga 31 Disember 2025.
Ini bermakna anda masih berpeluang menikmati pelbagai tarikan dan permainan di GSW dengan harga yang lebih berbaloi!
Malahan, penduduk Pahang kini boleh menikmati tiket masuk ke GSW dengan harga serendah RM35 sahaja, ini merupakan salah satu inisiatif khas untuk menghargai sokongan penduduk tempatan terhadap pembangunan pelancongan negeri.
Dengan lebih daripada 20 tarikan bertemakan filem popular, kawasan bertaraf dunia yang selamat dan bersih, serta pemandangan tanah tinggi yang menakjubkan GSW adalah tempat percutian yang sempurna untuk seisi keluarga.
Jangan lupa menempah tiket anda hari ini dengan cipta memori yang tidak akan dilupakan.
Skytropolis Indoor Theme Park

Sementara itu, Skytropolis Indoor Theme Park yang terletak di aras 1, pusat beli-belah SkyAvenue, merupakan antara destinasi hiburan utama di RWG yang menawarkan pengalaman menyeronokkan untuk semua peringkat umur bermula daripada kanak-kanak hinggalah dewasa.
Lebih daripada 20 jenis permainan dan rides bertemakan futuristik, taman tema ini menjanjikan keseronokan tanpa perlu risau keadaan cuaca kerana semuanya boleh dinikmati dalam bangunan yang selesa dan berhawa dingin.
Nikmati promosi hebat dengan harga tiket RM60 sahaja untuk pas satu hari apabila dibeli secara dalam talian (online). Bagi pembelian terus (walk-in), harga tiket adalah RM81, pastikan anda menempah awal untuk berjimat!
Lokasi strategik dan akses mudah merupakan antara keistimewaan Skytropolis Indoor Theme Park. Terletak berhampiran dengan First World Hotel, hotel terbesar di dunia, dikelilingi oleh pelbagai pilihan restoran halal dan antarabangsa di SkyAvenue.
Malahan, ia boleh diakses dari lif dan eskalator utama dan berdekatan dengan pengangkutan awam seperti Awana SkyWay.
Jangan lepaskan peluang untuk mencipta kenangan manis bersama yang tersayang di Skytropolis Indoor Theme Park, taman tema dalam bangunan yang menjanjikan keseronokan tanpa henti.
Genting Guest Xperience Centre

Genting Guest Xperience Centre yang akan dibuka tidak lama lagi bukan sekadar pusat khidmat pelanggan biasa, ia menawarkan pengalaman imersif yang unik buat setiap pengunjung yang melangkah masuk.
Di sinilah anda boleh menyelami pelbagai produk dan tarikan yang ditawarkan oleh RWG, dari kawasan Midhill yang meriah hinggalah ke TopHill yang menakjubkan.
Pengunjung boleh menikmati pengalaman interaktif yang memukau, termasuk paparan multimedia, model 3D dan simulasi yang membawa anda mengembara secara maya ke setiap sudut RWG.
Genting Guest Xperience Centre memberikan pengalaman yang lengkap, pengunjung bukan sahaja mendapat khidmat terbaik tetapi juga berpeluang untuk ‘merasai’ dan ‘melihat’ dengan lebih dekat keajaiban Genting Highlands.
GNA perjalanan pendidikan imersif dan bermakna

Genting Nature Adventures (GNA) merupakan inisiatif inovatif daripada RWG yang mengubah pengalaman berjalan di dalam hutan menjadi sebuah perjalanan pendidikan imersif dan bermakna.
Sebagai sebuah destinasi pelancongan berasaskan ilmu (Knowledge Tourism) yang terpilih, GNA menawarkan pengalaman pembelajaran berasaskan alam semula jadi di persekitaran unik tanah tinggi Genting Highlands.
GNA adalah pengalaman yang menyatukan ilmu, keindahan dan tanggungjawab, satu destinasi wajib bagi pencinta alam dan pelancong yang ingin meneroka Genting Highlands dengan lebih mendalam dan bermakna.
Pelbagai pilihan makanan

Bagi pengunjung Muslim, RWG menyediakan pelbagai pilihan makanan halal yang dijamin berkualiti dan menyelerakan.
Antara lokasi popular yang menawarkan hidangan halal ialah Jom Makan Awana, Jom Makan Street Food dan Jom Makan SkyAvenue.
Selain itu, RWG turut menyediakan tawaran bermusim yang istimewa seperti pakej Ramadan dan pakej hari raya yang meriah, nikmati juga bufet Ramadan halal di Jom Makan Awana.
RWG menawarkan pelbagai pilihan hotel dengan kemudahan yang memenuhi keperluan pengunjung Muslim antaranya arah kiblat yang jelas dalam bilik untuk memudahkan ibadah solat.
Ia juga menyediakan sejadah dan telekung atas permintaan, surau dengan ruang solat berasingan, pelbagai pakej dan tawaran hotel sesuai untuk pelancong Muslim dan keluarga.
Kunjungi RWG sekarang

Sempena sambutan ulang tahun ke-60 RWG tahun ini, pelbagai aktiviti dan tawaran menarik telah disediakan untuk memeriahkan pengalaman pengunjung.
Jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri keseronokan dan keselesaan percutian di Genting Highlands.
RWG memastikan anda dan keluarga menikmati percutian yang penuh ketenangan, selamat dan mengikut tuntutan syariah.
Dengan pelbagai kemudahan dan aktiviti menarik, RWG adalah destinasi sempurna untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan sambil menikmati keindahan tanah tinggi.
Rancang percutian anda ke RWG hari ini dan alami pengalaman mesra Muslim yang tidak dapat dilupakan!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
