Global Sumud Flotilla: Layar bot koyak kesan serangan Israel-ZRA

Pelayar yang pakar dalam bidang khusus akan bergerak ke bot-bot bermasalah dan menawarkan bantuan. Foto: Facebook ZRA
Pelayar yang pakar dalam bidang khusus akan bergerak ke bot-bot bermasalah dan menawarkan bantuan. Foto: Facebook ZRA
A
A
A

SHAH ALAM - Semua bot dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) mengambil kesempatan membaiki sebarang kerosakan termasuk bot yang dinaiki sukarelawan Malaysia, Zainal Rashid Ahmad atau lebih dikenali sebagai ZRA memandangkan Global Sumud Flotilla memilih berlabuh sehari di Grete, Greece pada hari kesembilan.

Zainal memberitahu, layar bot yang dinaikinya koyak kesan daripada stan grenade Israel pada serangan 24 September lalu.

Menurutnya, layar ini tidak boleh dibaiki segera.

"Sifat rukun bekerja, pelayar yang pakar dalam bidang khusus akan bergerak ke bot-bot bermasalah dan menawarkan bantuan.

"Seorang pelayar Norway yang dua kali mengelilingi dunia mencadangkan kaedah merendahkan layar kedua dan utamakan layar pertama.

"Dia memberitahu, tak ada masalah dalam cuaca sekarang, teruskan dengan cara layar rendah. Kita akan sampai ke Gaza," ujarnya menerusi laman Facebook pada Jumaat.

Tambahnya, semuanya bersatu demi menjayakan Global Sumud Flotilla ke Gaza.

"Hari yang indah, langit pun cerah. Manusia bersatu dalam rasa muhibbah," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Semua bot dalam misi Global Sumud Flotilla membaiki kerosakan di Grete, Greece
  • Zainal Rashid Ahmad menyatakan layar bot yang dinaiki koyak akibat serangan Israel
  • Layar tersebut tidak dapat diperbaiki segera
  • Seorang pelayar Norway mencadangkan mengutamakan layar pertama sebagai solusi
  • Semua anggota misi bersatu demi kejayaan Global Sumud Flotilla ke Gaza

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!