Tiada rakyat Malaysia terjejas taufan Tropika Opong

Wisma Putra mengesahkan tiada rakyat Malaysia terjejas dalam taufan Tropika Opong di Filipina
Wisma Putra mengesahkan tiada rakyat Malaysia terjejas dalam taufan Tropika Opong di Filipina
A
A
A

SHAH ALAM – Kedutaan Besar Malaysia di Manila memantau rapat situasi terkini Taufan Tropika Opong atau Taufan Bualoi yang telah membawa hujan lebat sehingga mengakibatkan ratusan keluarga dipindahkan.

Kementerian Luar Negeri mengesahkan, sehingga kini tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terjejas akibat taufan berkenaan.

Namun rakyat Malaysia yang berada di kawasan terjejas dinasihatkan untuk terus berwaspada dan sentiasa mengikuti perkembangan serta panduan terkini yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

“Rakyat Malaysia yang masih belum mendaftar serta mengemas kini keberadaan dan maklumat mereka adalah digalakkan untuk berbuat demikian di https://ekonsular.kln.gov.my,” menurutnya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Sementara itu rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Manila bagi mendapatkan khidmat sokongan sewajarnya.

Selain itu sedutaan boleh dihubungi di alamat Salcedo Village, 107 Tordesillas, Makati, 1227 Metro Manila, Filipina atau melalui talian telefon +63 2 8662 8200 / 0917 864 0761.

Rakyat Malaysia juga boleh menyalurkan sebarang pertanyaan dan permohonan bantuan konsular menerusi e-mel rasmi kedutaan di mwmanila@kln.gov.my.

Setakat ini taufan Tropika Opong berada di kawasan tengah Filipina dan bergerak ke arah barat dengan kelajuan 35 kilometer (km) sejam dan kelajuan angin maksimum dicatatkan 110 km sejam.

 

Artikel Berkaitan:

 

Ringkasan AI

  • Kedutaan Besar Malaysia di Manila memantau situasi Taufan Tropika Opong di Filipina
  • Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas akibat taufan tersebut
  • Rakyat Malaysia di kawasan terjejas dinasihatkan berwaspada dan ikuti panduan pihak berkuasa
  • Mereka digalakkan mendaftar di https://ekonsular.kln.gov.my
  • Bantuan konsular boleh diperolehi melalui Kedutaan Besar Malaysia di Manila

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!