Agong perkenan lantikan enam anggota Suhakam sesi 2025-2028

Kenyataan rasmi mengenai pelantikan enam anggota Suhakam baharu yang dimuat naik di Facebook pada Jumaat.
Kenyataan rasmi mengenai pelantikan enam anggota Suhakam baharu yang dimuat naik di Facebook pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memperkenankan pelantikan enam nama sebagai anggota Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) bagi sesi 2025 hingga 2028.

Individu dimaksudkan ialah Datuk Mary @ Mariati Robert; Dahim Anak Danot; K K Bathmavathi; Datuk Ahmad Azam Ab Rahman; Datuk Tay Lee Ly dan Abdul Kadir Jailani Ismail.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menerusi kenyataan rasmi yang dimuat naik di Facebook pada Jumaat.

"Sukacita dimaklumkan bahawa selaras subseksyen 5(2) Akta Suhakam 1999 [Akta 597), Sultan Ibrahim memperkenankan pelantikan enam individu sebagai anggota Suhakam.

"Ia untuk tempoh sehingga tiga tahun sehingga 19 Ogos 2028," katanya ringkas.

Suhakam ditubuhkan oleh Parlimen di bawah Akta 597 yang telah diwartakan pada 9 September 1999. Mesyuarat julung kali diadakan pada 24 April 2000.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!