LZS sudah agih zakat melebihi RM1 bilion

Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin turut tampil sebagai pembayar zakat menyerahkan zakat sebanyak RM98,233.05 kepada Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj. - FOTO: MOHD HALIM ABDUL WAHID

A
A
A

SHAH ALAM – Kutipan zakat Lembaga Zakat Selangor (LZS) terus mencatat prestasi cemerlang apabila jumlah kutipannya meningkat daripada RM15.9 juta pada 1995 kepada RM1.22 bilion pada 2024, manakala agihan turut melonjak daripada RM16.3 juta kepada RM1.19 bilion dalam tempoh sama.

Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohd Khaidzir Shahari berkata, prestasi itu sekali gus menjadikan LZS sebagai institusi zakat pertama di Malaysia yang mengagihkan zakat melebihi RM1 bilion.

“Peningkatan purata 17 peratus setahun ini hanya mampu dicapai kerana kepercayaan berterusan para pengeluar zakat kepada kami.

"Setiap sen zakat bukan sekadar angka, tetapi talian hayat buat lebih 78,000 keluarga asnaf di Selangor berdepan cabaran kehidupan seharian,” katanya ketika berucap pada Majlis Hi-Tea anjuran Lembaga Zakat Selangor (LZS) dengan kerjasama Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS) di sini.

Keberangkatan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menyerikan lagi majlis berkenaan.

Hadir sama, Pengerusi YRMS, Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda; Timbalan Pengerusi LZS, Tan Sri Ambrin Buang; Timbalan Mufti Selangor, Datuk Profesor Madya Dr. Miszairi Sitiris serta barisan pemegang amanah YRMS.

MOHD KHAIDZIR
MOHD KHAIDZIR

Menurut Mohd Khaidzir lagi, LZS menetapkan sasaran kutipan zakat keseluruhan tahun ini sebanyak RM1.328 bilion, dengan RM205 juta daripadanya disasarkan melalui zakat perniagaan.

Artikel Berkaitan:

“Setakat ini, LZS telah menerima lebih RM117 juta zakat perniagaan daripada 8,500 syarikat, usahawan dan peniaga. Ini satu petanda positif bahawa kesedaran korporat semakin meningkat.

"Saya yakin dengan sokongan berterusan, sasaran kutipan perniagaan RM205 juta tahun ini dapat dicapai, malah mungkin melepasi angka itu,” ujarnya.

Dalam majlis berkenaan, sebanyak 22 syarikat korporat menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM6,123,299.05 kepada LZS.

V'Asia Cosmetic & Healthcare atau dikenali sebagai Aura One Resources (M) Sdn Bhd antara syarikat yang konsisten tunai zakat membantu asnaf di Selangor.
V'Asia Cosmetic & Healthcare atau dikenali sebagai Aura One Resources (M) Sdn Bhd antara syarikat yang konsisten tunai zakat membantu asnaf di Selangor.

Antara penyumbang utama ialah Dherbs Holdings Sdn Bhd (RM900,000), Aura One Resources (M) Sdn Bhd (RM702,432.50), XpertsCo Sdn Bhd (RM624,161.30), Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (RM599,160.82), Advanced Air Traffic Systems (M) Sdn Bhd (RM550,000), Bawal Sdn Bhd (RM500,000) dan Public Islamic Bank Berhad.

Majlis itu turut menyaksikan Worldwide Holdings Berhad menyerahkan dana wakalah agihan zakat RM200,000 kepada YRMS untuk program kebajikan, pendidikan dan pembangunan belia.

Mohd Khaidzir berkata, kerjasama strategik bersama YRMS membuktikan zakat bukan hanya kewajipan agama, malah instrumen sosial yang memberi impak berganda kepada masyarakat, khususnya dalam memperkasa potensi belia dan kelompok B40.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!