TPR SPRM ditahan kes dadah dibebas dengan jaminan polis

PUTRAJAYA - Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ditahan untuk membantu siasatan kes dadah dibebaskan dengan jaminan polis pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, lelaki itu akan dibebaskan selepas tempoh reman tiga hari bermula Selasa terhadapnya tamat.
"Kertas siasatan telah dirujuk kepada TPR semalam (Rabu) dan masih menunggu arahan selanjutnya," katanya ketika dihubungi pada Khamis.
Media sebelum ini melaporkan, TPR SPRM itu didapati positif dadah selain memiliki barang terlarang terbabit.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan dipetik berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 12(1) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952
Berikutan itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki menegaskan akan mencadangkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) agar TPR terbabit direhatkan daripada menjalankan tugas sementara siasatan lanjut dijalankan polis.
Ringkasan AI
- Timbalan Pendakwa Raya SPRM dibebaskan dengan jaminan polis selepas reman tiga hari
- Siasatan kes tersebut masih menunggu arahan selanjutnya dari TPR
- TPR SPRM itu didapati positif dadah dan memiliki barang terlarang
- Azam Baki akan mencadangkan supaya TPR direhatkan dari tugas sementara siasatan berjalan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
