TPR SPRM direman 3 hari berkaitan kes dadah

Hussein Omar Khan
Hussein Omar Khan
A
A
A

PUTRAJAYA – Seorang Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) direman selama tiga hari bagi membantu siasatan berkaitan kes dadah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Hussien Omar Khan mengesahkan tangkapan itu dan memaklumkan bahawa suspek direman sehingga Khamis.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 12(1) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Pada Rabu, Sinar Harian melaporkan bahawa seorang TPR yang baru melaporkan diri untuk bertugas minggu lalu telah ditahan polis berkaitan kes dadah pada Selasa.

SPRM dalam satu kenyataan turut memaklumkan bahawa pegawai tersebut telah ditahan di rumahnya dan pemeriksaan yang dijalankan menemui bahan terlarang yang disyaki dadah.

SPRM menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara itu, serta memberi jaminan akan memberikan kerjasama sepenuhnya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang Timbalan Pendakwa Raya SPRM direman tiga hari untuk siasatan kes dadah
  • Tangkapan disahkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman
  • Kes disiasat mengikut Seksyen 12(1) dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952
  • TPR bertugas seminggu sebelum ditahan berkaitan kes dadah
  • SPRM menjanjikan kerjasama penuh dalam siasatan lanjut

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!