20 minit tangkap tedung selar 20kg sembunyi bawah almari

Ular tedung selar seberat 20 kilogram berjaya ditangkap dalam operasi pada petang Rabu.
Ular tedung selar seberat 20 kilogram berjaya ditangkap dalam operasi pada petang Rabu.
A
A
A

GEORGE TOWN – Seekor ular tedung selar seberat kira-kira 20 kilogram berjaya ditangkap anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) selepas ditemui bersembunyi di bawah sebuah almari lama di sebuah rumah di Jalan Sungai Batu di sini pada petang Rabu.

Pegawai Pasukan Pertahanan Awam Daerah Barat Daya, Leftenan Muda (PA) Muhamad Fitri Kamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 5.20 petang sebelum menghantar sepasukan anggota ke lokasi.

“Seramai enam anggota termasuk seorang pegawai tiba di lokasi pada jam 5.35 petang dan mendapati seekor ular tedung selar berada di bawah sebuah almari lama.

Reptilia berkenaan dibawa ke PKOD untuk tindakan selanjutnya.
Reptilia berkenaan dibawa ke PKOD untuk tindakan selanjutnya.

“Ketika itu, terdapat orang awam serta penduduk kampung berada berhampiran kawasan tersebut,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, ular tedung selar berkenaan dianggarkan sepanjang 4.5 meter dengan berat sekitar 20 kilogram sebelum berjaya ditangkap.

“Setelah cubaan selama 20 minit, kita berjaya menangkap reptilia itu dengan menggunakan peralatan khas.

“Ular berkenaan kemudiannya dibawa ke Pejabat Daerah Operasi (PKOD) Barat Daya untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seekor ular tedung selar seberat kira-kira 20 kilogram ditangkap di bawah almari lama di George Town
  • Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan
  • Enam anggota Angkatan Pertahanan Awam termasuk seorang pegawai tiba untuk menangkap ular tersebut
  • Ular itu dianggarkan memiliki panjang 4.5 meter
  • Ular berjaya ditangkap selepas 20 minit menggunakan peralatan khas dan dibawa ke Pejabat Daerah Operasi Barat Daya untuk tindakan lanjut

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!