Berang dipatuk, lelaki gigit kepala ular sampai putus

TIRUPATI – Seorang lelaki di sebuah kampung di daerah Tirupati, Andhra Pradesh bertindak luar biasa apabila menggigit kepala seekor ular tedung hitam selepas dipatuk reptilia berbisa itu.
Insiden itu berlaku pada Khamis malam di Kampung Chiyyavaram, Thottambedu Mandal. Mangsa, dikenali sebagai Venkatesh, dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol ketika dalam perjalanan pulang ke rumah sebelum dipatuk ular berkenaan.
Dalam keadaan mabuk, Venkatesh dilaporkan menangkap ular tersebut lalu menggigit kepalanya hingga mati. Lebih mengejutkan, dia membawa pulang bangkai reptilia itu dan tidur di sebelahnya.
Namun sekitar tengah malam, keadaan kesihatannya mula merosot apabila bisa ular merebak ke seluruh tubuh. Panik dengan keadaan itu, ahli keluarga segera membawanya ke Hospital Kawasan Srikalahasti untuk rawatan kecemasan.
Berikutan keadaannya yang semakin kritikal, Venkatesh dipindahkan ke Hospital Ruia di Tirupati pada pagi Jumaat bagi mendapatkan rawatan lanjut. Doktor memaklumkan dia kini ditempatkan di bawah pemantauan rapi.
Penduduk kampung menyifatkan insiden itu sebagai 'sukar dipercayai' dan 'menyeramkan', manakala pihak berkuasa tempatan menasihatkan orang ramai supaya tidak bertindak sendiri jika berdepan dengan haiwan berbisa.-Agensi
Ringkasan AI
- Seorang lelaki di Andhra Pradesh menggigit kepala ular tedung hitam hingga mati setelah dipatuk
- Venkatesh, mangsa, dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol ketika kejadian
- Mangsa membawa pulang bangkai ular tersebut dan tidur di sebelahnya
- Venkatesh kemudian dilarikan ke hospital apabila kondisinya merosot akibat bisa ular
- Kini beliau ditempatkan di bawah pemantauan rapi di Hospital Ruia di Tirupati
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

