Pemandu lori maut ditimpa kayu balak

Seorang pemandu lori maut akibat ditimpa kayu balak ketika melakukan kerja di tapak pembalakan Kampung Kemat, Hulu Terengganu pada Rabu.
Seorang pemandu lori maut akibat ditimpa kayu balak ketika melakukan kerja di tapak pembalakan Kampung Kemat, Hulu Terengganu pada Rabu.
A
A
A

HULU TERENGGANU – Seorang pemandu lori maut selepas ditimpa kayu balak ketika melakukan kerja di tapak pembalakan Kampung Kemat, di sini dalam kejadian petang Rabu.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintenden Sharudin Abdul Wahab berkata, dalam kejadian kira-kira jam 3.48 petang itu, mangsa, Mohamad Naim Muhamad Afandi, 34, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada anggota badan.

Menurutnya, pihak polis menerima laporan melalui panggilan telefon yang dimaklumkan oleh seorang lelaki sebelum anggota dari Bilik Gerakan IPD Hulu Terengganu bergegas ke lokasi kejadian.

"Pihak polis menerima maklumat memberitahu terdapat seorang lelaki tidak sedarkan diri berhampiran Kem Rela Kg Kemat.

"Laporan berhubung insiden itu dibuat oleh rakan mangsa, Yaki Sidi, 37, yang berada di lokasi sama ketika kejadian.

"Siasatan awal mendapati mangsa yang berasal dari Kampung Kelubi Puteh, Jerteh, Besut ditimpa kayu balak semasa kerja pembalakan sedang dijalankan," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Ujarnya, mayat mangsa telah dibawa keluar dari tapak pembalakan tersebut dan dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk tindakan lanjut.

"Setakat ini kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," jelasnya.

 

Artikel Berkaitan:

 

Ringkasan AI

  • Seorang pemandu lori maut ditimpa kayu balak di Kampung Kemat, Hulu Terengganu
  • Ketua Polis Daerah mencatatkan kejadian berlaku jam 3.48 petang
  • Mangsa bernama Mohamad Naim Muhamad Afandi, 34, meninggal di tempat kejadian
  • Rakan mangsa, Yaki Sidi, membuat laporan polis
  • Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!