Dua lelaki ditahan curi kabel

CAMERON HIGHLANDS - Polis berjaya menahan dua lelaki pada Isnin selepas disyaki mencuri kabel di tepi Jalan Besar Taman Pinggiran Terla, Kampung Raja di sini.
Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Superintenden Azri Ramli berkata, sebelum ini pihaknya menerima laporan mengenai kecurian kabel di lokasi terbabit pada 19 September lalu.
Menurutnya, kira-kira jam 10 malam, sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cameron Highlands berjaya menahan dua suspek berusia 25 dan 29 tahun di kawasan Simpang Pulai, Ipoh.
"Kedua-dua tangkapan akan dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi tujuan siasatan lanjut.
"Kita juga ingin mengucapkan terima kasih atas maklumat orang awam yang membantu menyelesaikan kes ini," katanya dalam kenyataan media pada Selasa.
Beliau turut menyeru orang ramai supaya sentiasa peka terhadap persekitaran termasuk mengambil langkah keselamatan di premis masing-masing.
Ringkasan AI
- Polis berjaya menahan dua lelaki yang disyaki mencuri kabel di Cameron Highlands
- Penahanan tersebut berlaku selepas laporan kecurian kabel diterima pada 19 September
- Dua suspek berusia 25 dan 29 tahun ditahan di kawasan Simpang Pulai, Ipoh
- Kedua-dua lelaki tersebut akan dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman
- Polis mengucapkan terima kasih kepada orang awam atas maklumat yang diberikan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

