Mikrofon Prabowo dimatikan ketika siaran langsung PBB

Prabowo Subianto berucap pada Persidangan Peringkat Tinggi mengenai Penyelesaian Damai Isu Palestin dan Pelaksanaan Penyelesaian Dua Negara yang berlangsung di ibu pejabat PBB, New York pada Isnin. - Foto: FB Prabowo Subianto
Prabowo Subianto berucap pada Persidangan Peringkat Tinggi mengenai Penyelesaian Damai Isu Palestin dan Pelaksanaan Penyelesaian Dua Negara yang berlangsung di ibu pejabat PBB, New York pada Isnin. - Foto: FB Prabowo Subianto
A
A
A

MIKROFON Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, dimatikan ketika beliau sedang menyampaikan bahagian akhir ucapannya dalam siaran langsung saluran rasmi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Insiden itu berlaku semasa Persidangan Peringkat Tinggi mengenai Penyelesaian Damai Isu Palestin dan Pelaksanaan Penyelesaian Dua Negara yang berlangsung di ibu pejabat PBB, New York pada Isnin.

Menurut Pengarah Informasi dan Media Kementerian Luar Indonesia, Hartyo Harkomoyo, tindakan mematikan mikrofon tersebut adalah selaras dengan peraturan yang ditetapkan oleh pihak penganjur.

“Berkaitan dengan pidato yang berkenaan, terdapat peraturan dan prosedur bahawa setiap negara mendapat tempoh berucap selama lima minit,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau menjelaskan bahawa sistem siaran langsung PBB akan secara automatik mematikan mikrofon sekiranya tempoh ucapan melebihi had yang ditetapkan, bagi memastikan kelancaran keseluruhan jadual persidangan.

Insiden berkenaan mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial, namun Kementerian Luar Indonesia menegaskan bahawa peraturan tersebut terpakai kepada wakil semua negara tanpa pengecualian. - Awani

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Mikrofon Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, dimatikan ketika menyampaikan ucapannya di PBB
  • Kejadian berlaku semasa Persidangan Peringkat Tinggi PBB di New York
  • Tindakan mematikan mikrofon selaras dengan peraturan penganjur
  • Setiap negara diberi masa lima minit untuk berucap
  • Sistem akan automatik mematikan mikrofon jika ucapan melebihi masa yang ditetapkan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!