Seks suka sama suka: Majoriti setuju undang-undang diperketat kepada kedua-dua pihak

SHAH ALAM - Majoriti pembaca Sinar Harian bersetuju bahawa undang-undang wajar diperketat terhadap kedua-dua pihak dalam kes rogol bawah umur yang berlaku atas dasar suka sama suka.
Keputusan itu diperoleh menerusi undian selama 24 jam di empat platform media sosial Sinar Harian iaitu Facebook, Instagram, YouTube dan X yang berakhir jam 11 pagi, Selasa lalu.
Menerusi Facebook, 100 peratus daripada 14 pengundi menyokong undang-undang diperketat kepada kedua-dua pihak.

Di Instagram, sebanyak 97 peratus daripada 460 pengundi bersetuju dengan undang-undang perlu diperketat kepada kedua-dua pihak manakala baki hanya 3 peratus berpendapat undang-undang sedia ada sudah memadai.
Undian di Youtube mendapati sebanyak 94 peratus daripada 359 pengundi yakin undang-undang perlu diperketat kepada pihak lelaki dan perempuan terlibat.
Manakala di X pula, sejumlah 78.7 peratus daripada 47 pengundi undang-undang perlu diperketat kepada kedua-dua pihak dan 21.3 peratus berpendapat undang-undang sedia ada sudah memadai.

Sementara itu, pengguna YouTube, @nadiawatiothman2840 berpendapat bersetuju kenakan hukuman pada dua-dua pihak kerana zaman sekarang kanak-kanak lelaki mahupun perempuan sangat mudah untuk mengakses perkara yang tidak senonoh sert terpengaruh melalui gajet tanpa kawalan atau perhatian ibu bapa mahupun penjaga.
"Dengan hukuman kepada kedua pihak agar menjadi pengajaran pada ibu bapa tentang had kebebasan memberi gajet kepada kanak-kanak," katanya.
Seorang lagi pengguna sosial media sama berpandangan, pihak lelaki dan perempuan perlu dikenakan tindakan kerana melakukan maksiat.

Pada Ahad, polis Kelantan mencadangkan agar perempuan yang terbabit dalam hubungan seks suka sama suka dengan lelaki turut dikenakan tindakan undang-undang.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, cadangan itu wajar dipertimbangkan kerana berdasarkan siasatan, hampir 90 peratus kes rogol bawah umur yang dilaporkan di negeri berkenaan adalah atas kerelaan kedua-dua pihak dan bukannya paksaan.
Ringkasan AI
- Majoriti pembaca Sinar Harian bersetuju bahawa undang-undang wajar diperketat terhadap kes rogol bawah umur atas dasar suka sama suka
- Keputusan itu diperoleh dari undian di empat platform media sosial Sinar Harian
- Di Facebook, 100 peratus daripada 14 pengundi menyokong undang-undang diperketat
- Di Instagram, 97 peratus dari 460 pengundi bersetuju dengan penguatan undang-undang
- Polis Kelantan mencadangkan agar perempuan yang terbabit dalam hubungan seks suka sama suka juga dikenakan tindakan undang-undang
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

