'Bergurau melampau juga satu bentuk buli' - Asyraf Wajdi

Video yang memaparkan lima pelajar memegang kaki dan tangan seorang pelajar lain dan dengan sengaja ‘menghayunkan’ bahagian kelangkangnya ke arah tiang sebuah papan tanda.
Video yang memaparkan lima pelajar memegang kaki dan tangan seorang pelajar lain dan dengan sengaja ‘menghayunkan’ bahagian kelangkangnya ke arah tiang sebuah papan tanda.
A
A
A

SHAH ALAM - Pihak polis digesa segera bertindak tegas terhadap sekumpulan pelajar di sebuah institusi pengajian yang melakukan gurauan melampau ke atas seorang pelajar lain.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, bergurau secara melampau juga adalah satu bentuk buli.

Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi

Menurutnya, semua pelaku wajib didakwa agar menjadi pengajaran penting.

"Harap pihak polis dapat segera bertindak. Perbuatan seperti ini tidak boleh sesekali dikompromikan atau didiamkan atas alasan gurauan.

"Apakah kita hendak menunggu sehingga kecederaan kekal mahupun kematian baru hendak bertindak? ujarnya menerusi laman Facebook.

Dalam hantaran sama, beliau turut berkongsi video yang memaparkan lima pelajar memegang kaki dan tangan seorang pelajar lain dan dengan sengaja ‘menghayunkan’ bahagian kelangkangnya ke arah tiang sebuah papan tanda.

Dalam masa sama, terdapat sekumpulan pelajar lain menjadi ‘penonton’ dan mereka hanya ketawa selepas perbuatan itu dilakukan

Artikel Berkaitan:

 

 

Ringkasan AI

  • Pihak polis digesa bertindak tegas terhadap pelajar yang melakukan gurauan melampau
  • Gurauan melampau dianggap sebagai bentuk buli
  • Pelaku perlu didakwa sebagai pengajaran
  • Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, menekankan perbuatan tersebut tidak boleh dikompromikan
  • Video menunjukkan lima pelajar melakukan tindakan buli sambil pelajar lain menjadi penonton

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!