Bella Hadid jalani rawatan di hospital akibat penyakit Lyme kronik

Bella Hadid (kiri) dimasukkan ke hospital akibat komplikasi penyakit Lyme yang telah lama dihidapinya sejak usia 16 tahun. -Gambar fail/IG @yolanda.hadid
Bella Hadid (kiri) dimasukkan ke hospital akibat komplikasi penyakit Lyme yang telah lama dihidapinya sejak usia 16 tahun. -Gambar fail/IG @yolanda.hadid
A
A
A

NEW YORK - Supermodel antarabangsa, Bella Hadid, 28, dimasukkan ke hospital baru-baru ini berikutan komplikasi penyakit Lyme yang telah lama dihidapinya, menurut kenyataan ibunya, Yolanda Hadid, menerusi media sosial.

Yolanda, bekas model dan bintang rancangan Real Housewives of Beverly Hills, menyifatkan perjuangan anaknya sebagai berani dan tidak mengenal putus asa meskipun berdepan protokol rawatan yang sering gagal dan pelbagai kemunduran kesihatan.

Bella, yang didiagnosis dengan penyakit Lyme pada usia 16 tahun, telah berkongsi perjalanan kesihatannya secara terbuka di Instagram, termasuk gambar-gambar terbaharu beliau di hospital dengan tiub IV dan wajah yang kelihatan letih.

Penyakit Lyme, yang berpunca daripada gigitan kutu yang membawa bakteria Borrelia burgdorferi, boleh menyebabkan simptom seperti keletihan melampau, sakit sendi, kabur fikiran dan kebimbangan.

“Tiada kata yang dapat menggambarkan kegelapan, kesakitan, dan keperitan yang kamu lalui sejak diagnosis pada 2013.

"Kamu tidak dapat jalani kehidupan, kamu belajar untuk wujud dalam penjara otak kamu yang lumpuh,” tulis Yolanda dalam satu hantaran penuh emosi.

Bella Hadid, yang juga pengasas jenama Orebella, sebelum ini berkata dia akhirnya sihat selepas menjalani lebih 100 hari rawatan intensif pada tahun 2023.

Namun, kemasukan ke hospital baru-baru ini menunjukkan bahawa penyakit tersebut masih memberi kesan besar terhadap kehidupannya.

Yolanda turut menyatakan harapan untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman mereka dengan komuniti Lyme apabila keputusan makmal menunjukkan kemajuan.

Artikel Berkaitan:

“Kami akan terus berjuang untuk hari yang lebih baik, bersama-sama,” katanya.

Ringkasan AI

  • Supermodel antarabangsa, Bella Hadid, dimasukkan ke hospital kerana komplikasi penyakit Lyme
  • Bella didiagnosis pada usia 16 tahun dan telah berkongsi pengalaman kesihatannya di Instagram
  • Penyakit Lyme disebabkan oleh gigitan kutu yang membawa bakteria Borrelia burgdorferi
  • Penyakit ini menyebabkan simptom seperti keletihan melampau, sakit sendi, dan kabur fikiran
  • Bella sebelum ini berkata dia sihat selepas lebih 100 hari rawatan intensif pada tahun 2023 tetapi masih terkesan dengan penyakit tersebut

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!