Tiada ruang ketirisan, Mara perlu diurus dengan amanah - Asyraf Wajdi

SHAH ALAM - Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyatakan hasrat untuk meninggalkan agensi itu dengan struktur asas yang kukuh dan tersusun sebelum tempoh perkhidmatannya tamat.
Sebagai agensi yang membawa mandat besar terhadap masa depan orang Melayu dan Bumiputera, beliau menegaskan, Mara perlu diurus dengan penuh amanah, telus dan berkesan.
"Saya berhasrat untuk meninggalkan Mara dengan struktur asas yang kukuh dan kuat.
"Mara membawa mandat besar untuk orang Melayu dan bumiputera, makanya setiap sen wang rakyat mestilah dibelanjakan dengan betul dan berkesan," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.
Tambah beliau, keutamaan kini diberi kepada aspek tadbir urus, disiplin kewangan dan tahap tatakelola tertinggi agar tidak wujud ruang untuk sebarang bentuk ketirisan atau penyelewengan.
Asyraf Wajdi yang juga Setiausaha Agung UMNO turut menegaskan, ketirisan atau pemborosan dalam pengurusan Mara boleh menggagalkan agenda pendidikan, keusahawanan dan pelaburan golongan Bumiputera.
"Tatakelola mesti berada pada tahap tertinggi supaya tiada ruang ketirisan, pemborosan, penyelewengan mahupun sebarang bentuk penyimpangan berlaku sehingga menyebabkan agenda besar bumiputera tergadai," ujarnya.
Ringkasan AI
- Dr Asyraf Wajdi berhasrat meninggalkan Mara dengan struktur yang kukuh
- Beliau menyatakan Mara berperanan penting untuk masa depan orang Melayu dan bumiputera
- Menekankan kepentingan penggunaan wang rakyat dengan berkesan dan telus
- Keutamaan diberi kepada tadbir urus, disiplin kewangan dan tahap tatakelola yang tinggi untuk menghindari ketirisan
- Ketirisan dalam pengurusan boleh menggagalkan agenda pendidikan, keusahawanan, dan pelaburan bumiputera
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
