Guru lelaki ditahan disyaki amang seksual fizikal murid 11 tahun

Seorang guru lelaki selepas disyaki melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang murid lelaki berusia 11 tahun. Gambar hiasan
Seorang guru lelaki selepas disyaki melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang murid lelaki berusia 11 tahun. Gambar hiasan
A
A
A

PEKAN - Polis menahan guru lelaki berusia 45 tahun selepas disyaki melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang murid lelaki di bilik asrama di sebuah pusat kemahiran di sini pada 12 September lalu.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Mohd Zaidi Mat Zin berkata, pihaknya menerima laporan daripada ibu mangsa yang tampil membuat aduan pada 13 September lepas.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati kejadian berlaku pada 12 September kira-kira jam 10 malam di sebuah bilik asrama di pusat terbabit.

“Suspek yang juga Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di sebuah sekolah di Pekan dipercayai telah memegang dan meramas kemaluan anak pengadu yang berusia 11 tahun.

"Seterusnya suspek telah mengajak anak pengadu untuk tidur dikatilnya, lalu bertindak membuka seluar mangsa dan melakukan perbuatan tidak senonoh serta mencium di bahagian bibir dan pipi kanan," katanya dalam satu kenyataan akhbar pada Ahad.

Jelasnya, suspek turut memberi amaran kepada mangsa supaya tidak menceritakan perkara itu kepada orang lain.

Beliau berkata, ibu mangsa hanya mengetahui kejadian itu selepas anaknya menceritakan dalam keadaan menangis sebaik pulang dari persembahan tarian di pusat berkenaan.

"Mangsa bersama 11 rakan yang lain diiringi oleh suspek yang menjadi guru pengiring.

"Mangsa telah dibawa ke Hospital Daerah Pekan bagi menjalani pemeriksaan, namun tiada kesan kecederaan fizikal ditemui," jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Tambah beliau, polis turut merampas sebuah telefon bimbit berwarna putih perak serta satu unit kad sim bagi membantu siasatan.

Katanya, suspek ditahan pada 13 September kira-kira jam 10.15 malam di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan.

“Permohonan reman selama tujuh hari terhadap suspek diluluskan oleh Mahkamah Majistret Pekan bermula 14 hingga 20 September sebelum dia dibebaskan dengan jaminan polis.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 377E Kanun Keseksaan,” ujarnya siasatan lanjut diteruskan.

 

 

Ringkasan AI

  • Polis menahan guru lelaki berusia 45 tahun atas tuduhan melakukan amanah seksual fizikal terhadap murid lelaki 11 tahun di asrama pusat kemahiran di Pekan pada 12 September
  • Ibu mangsa membuat aduan kepada polis pada 13 September selepas anaknya menceritakan kejadian tersebut
  • Suspek didakwa memegang dan menghisap kemaluan mangsa serta mencium mangsa di bilik asrama
  • Tiada kesan kecederaan fizikal ditemui pada mangsa selepas pemeriksaan di Hospital Daerah Pekan
  • Suspek, yang juga Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, ditahan pada 13 September dan kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 377E Kanun Keseksaan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!