[VIDEO] 'Kita anak Malaysia, terbaik PDRM'

PDRM menggunakan beberapa bahasa ketika membuat hebahan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.
PDRM menggunakan beberapa bahasa ketika membuat hebahan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - "Bahasa Tamil sudah, bahasa Cina (Mandarin) sudah, bahasa Melayu sudah... kalau tak faham bahasa juga tak tahu la nak cakap apa", demikian kata netizen kepada segelintir orang ramai yang masih melakukan rutin harian mereka ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan memasuki hari keempat hari ini.

Netizen dikenali Nmhafiz Ismail berkata demikian setelah melihat inisiatif Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan pelbagai bahasa untuk memberi penerangan Perintah Kawalan Pergerakan kepada masyarakat.

Facebook We are Malaysia memuat naik beberapa rakaman video menunjukkan polis menggunakan bahasa Melayu, Mandarin dan Tamil bagi memberi penerangan Perintah Kawalan Pergerakan kepada orang ramai di sekitar taman perumahan dan premis perniagaan.

Polis melakukan rondaan dan menggunakan pembesar suara untuk memberi penerangan menerusi peraturan yang diwartakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 itu.

Bagaimanapun orang ramai masih lagi berdegil melakukan aktiviti seperti bersukan di luar, memancing, makan di kedai makan, lepak di luar berbanding di dalam rumah.

Namun rata-rata netizen menyambut baik usaha PDRM dalam memberi kefahaman tentang Perintah Kawalan Pergerakan dan wabak koronavirus (Covid-19) yang semakin membimbangkan kepada masyarakat.

"Kita anak Malaysia, terbaik PDRM," kata Nhang.

Kata dahlia, "Kita hidup pelbagai bangsa, tak salah guna bahasa berlainan kepada masyarakat. Yang penting mereka faham dan tak ingkar."

Artikel Berkaitan:

Chinese Version

Hebahan Perintah Kawalan Pergerakan Bahasa Cina

Posted by 我们是马来西亚人 We are Malaysians on Friday, March 20, 2020