Panjat puncak mahu nikmati pemandangan sebelum maut tergelincir di air terjun

Seorang remaja lelaki Tingkatan Lima yang maut selepas terjatuh dari tebing batu di kawasan Air Terjun Buntong
Seorang remaja lelaki Tingkatan Lima yang maut selepas terjatuh dari tebing batu di kawasan Air Terjun Buntong
A
A
A

IPOH – Seorang remaja lelaki Tingkatan Lima yang maut selepas terjatuh dari tebing batu di kawasan Air Terjun Buntong, berhampiran Kilometer 6 Lebuhraya Ipoh–Lumut pada Sabtu disahkan tiada unsur jenayah.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, dalam kejadian sekitar jam 11.36 pagi itu, mangsa difahamkan datang bersama enam rakannya untuk mandi di kawasan berkenaan sebelum memanjat ke bahagian puncak bagi melihat pemandangan.

Menurutnya, bagaimanapun, remaja terbabit tergelincir lalu jatuh dari tebing batu berkenaan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan ambulans.

“Berdasarkan keterangan rakan-rakan mangsa yang berada di lokasi, kejadian dipercayai berlaku akibat tergelincir ketika memanjat puncak air terjun.

“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk bedah siasat dan laporan mendapati punca kematian disebabkan kecederaan parah di kepala,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Abang Zainal Abidin berkata, sampel darah dan air kencing mangsa turut diambil untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi tindakan lanjut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika melakukan aktiviti riadah di kawasan air terjun terutama di bahagian berbatu yang licin dan berbahaya.

Terdahulu media melaporkan seorang pelajar Tingkatan Lima maut selepas terjatuh di kawasan Air Terjun Buntong di sini.

Mangsa dikenali Bayu Zaril Iman Zaharilizam, 17, difaham pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Jati.

Artikel Berkaitan:

 

 

 

 

 

Ringkasan AI

  • Remaja lelaki Tingkatan Lima maut selepas terjatuh dari tebing batu di Air Terjun Buntong, Ipoh
  • Ketua Polis Daerah Ipoh mengesahkan tiada unsur jenayah dalam kejadian tersebut
  • Mangsa bersama enam rakannya untuk mandi sebelum tergelincir ketika memanjat tebing
  • Kejadian menyebabkan kematian di lokasi akibat kecederaan parah di kepala
  • Orang ramai dinasihatkan berhati-hati ketika beraktiviti di kawasan air terjun

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!