Proses tender LRT Pulau Pinang masih berjalan, tiada perubahan spesifik

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook bercakap pada sidang media sempena Majlis Peluncuran Program Professional Advancement in Trucking and Haulage (PATH) Pelabuhan Pulau Pinang 2025, hari ini. Foto Bernama
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook bercakap pada sidang media sempena Majlis Peluncuran Program Professional Advancement in Trucking and Haulage (PATH) Pelabuhan Pulau Pinang 2025, hari ini. Foto Bernama
A
A
A

BUTTERWORTH - Kementerian Pengangkutan menafikan dakwaan bahawa kontraktor yang terlibat dalam projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara diarah menyemak semula spesifikasi sistem tren elektrik (ET) kepada saiz yang lebih kecil.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menjelaskan bahawa dakwaan itu, seperti yang dilaporkan oleh portal berita, yang memetik sumber industri adalah tidak berasas kerana proses tender itu masih berjalan dan tiada kontrak diberikan.

"Tender belum diberikan dan kami masih dalam proses menilai penyerahan, jadi tiada isu menukar spesifikasi atau arahan diberikan kepada mana-mana pembida pada peringkat ini.

"Kenyataan itu hanyalah dakwaan. Apabila anda sebut 'didakwa', maka kita tidak perlu menjawab. Kami belum berikan apa-apa (tender) lagi," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian program Professional Advancement in Trucking and Haulage (PATH) di sini hari ini.

Loke turut memberikan jaminan bahawa penyertaan tempatan akan tetap menjadi sebahagian daripada proses perolehan termasuk pemasangan komponen tren.

Media melaporkan bahawa dalam notis untuk menyerahkan maklumat tambahan mengenai bidaan, Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) memberitahu pembida supaya mengemukakan cadangan alternatif bagi menampung set ET yang bersaiz lebih kecil dengan keupayaan teknologi yang lebih rendah.

LRT Laluan Mutiara sepanjang 29.5 kilometer itu terdiri daripada 21 stesen strategik dan direka bentuk bagi meningkatkan kesalinghubungan antara Pulau Pinang dengan tanah besar, sekali gus mengurangkan kesesakan jalan raya dan meningkatkan kebolehcapaian. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kementerian Pengangkutan menafikan dakwaan kontraktor diarah semak semula spesifikasi LRT Laluan Mutiara
  • Anthony Loke kata dakwaan tiada asas kerana tender masih dalam proses penilaian
  • Tiada kontrak atau arahan spesifikasi diberikan kerana tender belum diberikan
  • Jaminan penyertaan tempatan dalam proses perolehan termasuk pemasangan komponen tren
  • LRT Laluan Mutiara akan mempunyai 21 stesen dan bertujuan mengurangkan kesesakan serta meningkatkan kesalinghubungan Pulau Pinang dengan tanah besar

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!