Cemburu punca wanita dipukul teman lelaki

KLANG – Cemburu dipercayai menjadi punca seorang wanita dipukul teman lelaki di sebuah kondominium di Bandar Baru Klang di sini pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, pihaknya menerima laporan berhubung insiden tersebut pada jam 4.35 petang.
"Kejadian berlaku kira-kira jam 12.30 tengah malam, suspek yang juga penganggur memukul mangsa dengan menggunakan tangan.
"Mangsa mengalami kecederaan di badan, motif kejadian berpunca daripada perasaan cemburu suspek terhadap mangsa berusia 29 tahun yang dikatakan mempunyai hubungan dengan individu lain," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Vijaya Rao berkata, usaha mengesan suspek berusia 30 tahun sedang giat dijalankan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan 427 Kanun Keseksaan," katanya.
Vijaya Rao berkata, orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Nur Saiful Hazwan Mohamad Ridzuan di talian 03-3291 2222 atau mana-mana balai polis berdekatan.
"Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan," ujarnya.
Ringkasan AI
- Cemburu dipercayai menjadi punca seorang wanita dipukul teman lelaki di sebuah kondominium di Bandar Baru Klang
- Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao mengumumkan menerima laporan insiden pada jam 4.35 petang
- Suspek penganggur memukul mangsa dengan menggunakan tangan pada jam 12.30 tengah malam
- Mangsa mengalami kecederaan di badan, perasaan cemburu suspek menjadi motif
- Usaha mengesan suspek berusia 30 tahun sedang giat dijalankan, kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan 427 Kanun Keseksaan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
