'Pelajar A' bermalam di rumah Zara Qairina empat hari sebelum kejadian - Saksi

Mahkamah Koroner hari ini diberitahu bahawa empat hari sebelum pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, ditemui tidak sedarkan diri di kawasan asrama, seorang remaja dikenali sebagai 'Pelajar A' telah bermalam di rumah Allahyarham.
Mahkamah Koroner hari ini diberitahu bahawa empat hari sebelum pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, ditemui tidak sedarkan diri di kawasan asrama, seorang remaja dikenali sebagai 'Pelajar A' telah bermalam di rumah Allahyarham.
A
A
A

KOTA KINABALU - Mahkamah Koroner hari ini diberitahu bahawa empat hari sebelum pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, ditemui tidak sedarkan diri di kawasan asrama, seorang remaja dikenali sebagai 'Pelajar A' telah bermalam di rumah Allahyarham.

Perkara itu dimaklumkan ibu Zara, Noraidah Lamat, kepada Ketua Warden Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Azhari Abd Sagap, ketika mereka bertemu di Unit Kecemasan Hospital Queen Elizabeth pada 16 Julai lalu.

“Semasa di Unit Kecemasan, ibu Zara ada ceritakan bahawa Zara kelihatan ceria di rumah dan suka menulis. Pelajar A dikatakan kawan baik Zara, tahu tentang dirinya dari A hingga Z.

"Pada 12 Julai, semasa sekolah mengadakan gotong-royong PIBG, Pelajar A mengikut Zara pulang ke Sipitang. Mungkin sebab itu ibu Zara menganggap Pelajar A rapat dengannya,” kata Azhari yang merupakan saksi kelapan prosiding inkues yang memasuki hari ke-10 hari ini.

Azhari berkata demikian ketika menjawab soalan peguam Joan Goh, yang mewakili Pelajar A.

Pelajar A merupakan antara lima remaja yang didakwa di Mahkamah Kanak-Kanak pada 20 Ogos lalu atas tuduhan menggunakan perkataan mencela terhadap Zara Qairina.

Prosiding inkues akan bersambung pada Isnin depan di hadapan Koroner Amir Shah Hassan.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Empat hari sebelum Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri, Pelajar A bermalam di rumahnya
  • Ibu Zara beritahu kepada Ketua Warden Asrama SMKA Tun Datu Mustapha mengenai kejadian itu
  • Pelajar A dianggap kawan baik Zara, mengetahui banyak tentang Zara
  • Pelajar A mengikuti Zara pulang ke Sipitang semasa gotong-royong PIBG
  • Pelajar A antara lima remaja yang didakwa di Mahkamah Kanak-Kanak atas tuduhan menggunakan perkataan mencela terhadap Zara Qairina

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!