Laporan lengkap kematian Syamsul Haris diserah kepada AGC dalam masa terdekat -KPN

Mohd Khalid Ismail. Foto Sinar Harian MOHD HALIM ABDUL WAHID, gambar kecil: Allahyarham Syamsul Haris
Mohd Khalid Ismail. Foto Sinar Harian MOHD HALIM ABDUL WAHID, gambar kecil: Allahyarham Syamsul Haris
A
A
A

KOTA BHARU - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyerahkan laporan lengkap berhubung kematian pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam masa terdekat.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, ketika ini proses siasatan sedang berjalan dan pihaknya memerlukan sedikit masa.

"Hal ini kerana siasatan itu melibatkan pelbagai pihak dan agensi," katanya semasa sidang akhbar pada Jumaat.

Sebelum itu beliau merasmikan Perhimpunan Pegawai Awam PDRM Ke-17 Sempena Peringatan Hari Polis Ke-218 di sini.

Menurut beliau, pada masa sama PDRM mahu satu tindakan yang lebih baik dalam proses siasatan supaya ia menjadi lebih sempurna.

Ujarnya, PDRM memberi jaminan ia akan diselesaikan dalam masa terdekat.

"Hal ini kerana banyak perkara yang perlu kita (PDRM) perlu siasat. Insya-ALLAH dapat kita laksanakan dalam masa terdekat," kata beliau.

Media sebelum ini melaporkan, keperluan inkues berkait kes kematian Allahyarham Syamsul Haris hanya akan diputuskan selepas AGC menerima laporan lengkap siasatan polis.

Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar, berkata setakat ini AGC belum menerima laporan itu daripada polis yang difahamkan masih lagi menunggu laporan penuh bedah siasat kedua daripada pihak hospital.

Artikel Berkaitan:

 

 

Ringkasan AI

  • PDRM akan menyerahkan laporan lengkap kematian pelatih Palapes UTM Skudai kepada AGC
  • Ketua Polis Negara menyatakan proses siasatan masih berjalan dan melibatkan pelbagai pihak
  • PDRM bertujuan untuk meningkatkan kualiti proses siasatan
  • Jaminan diberikan bahawa siasatan akan diselesaikan dalam masa terdekat
  • Keputusan tentang perlu tidaknya inkues ditangguhkan sampai AGC menerima laporan lengkap siasatan polis

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!