Dua remaja kencing dalam hotpot diarah bayar RM1.3 juta

SHANGHAI - Gara-gara kandungan gurauan melampau yang tular di media sosial, dua remaja berdepan padah apabila diarahkan membayar 2.2 juta yuan (RM1.3 juta).
Tingkah laku menjijikkan itu berlaku di sebuah cawangan hotpot popular di Shanghai pada Februari lalu.
Kedua-dua pelaku dikenali sebagai Tang dan Wu merakamkan perbuatan mereka berdiri di atas meja sambil membuang air kecil ke dalam periuk panas (hotpot) tersebut.
Difahamkan, kejadian itu mencetuskan kecaman meluas meskipun tiada pelanggan yang termakan sup tercemar tersebut.
Restoran itu juga terpaksa memberi ganti rugi dan memulangkan bayaran kepada lebih 4,000 pelanggan yang berkunjung ke cawangan tersebut antara 24 Februari dan 8 Mac lalu.
Selain itu, ia bertindak menggantikan kesemua periuk panas dan melakukan proses pembersihan secara menyeluruh.
Pada mulanya, restoran berkenaan menuntut ganti rugi berjumlah 23 juta yuan (RM13 juta), namun mahkamah memutuskan bayaran balik secara sukarela bukan di bawah tanggungjawab kedua-dua remaja tersebut.
Kes tersebut disifatkan media tempatan sebagai 'peringatan keras' kepada remaja dan ibu bapa serta menekankan akauntabiliti dan akibat daripada aksi berlebihan yang dikongsi di media sosial. - Agensi
Ringkasan AI
- Dua remaja di Shanghai diarahkan membayar 2.2 juta yuan kerana kandungan gurauan melampau di media sosial
- Tingkah laku mereka termasuk berdiri atas meja dan membuang air kecil ke dalam periuk panas di sebuah restoran hotpot
- Tiada pelanggan yang termakan sup tercemar tetapi insiden tersebut mencetuskan kecaman meluas
- Restoran terpaksa memulangkan bayaran kepada lebih 4,000 pelanggan dan melakukan pembersihan menyeluruh
- Kes ini dianggap sebagai peringatan keras kepada remaja dan ibu bapa tentang akibat aksi tidak bertanggungjawab di media sosial
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

